Anugerah Akademi ke-79

From Wikipedia, the free encyclopedia

Anugerah Akademi ke-79
Remove ads

Majlis Anugerah Akademi ke-79 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2006 dan berlangsung pada Februari 25, 2007 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Laura Ziskin dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz. Ellen DeGeneres mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[8] Dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Februari 10, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Maggie Gyllenhaal.[9]

Fakta Segera Tarikh, Tempat ...

The Departed memenangi empat anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Martin Scorsese.[10][11] Pemenang-pemenang yang lain termasuk Pan's Labyrinth dengan tiga anugerah, An Inconvenient Truth, Dreamgirls dan Little Miss Sunshine dengan dua anugerah dan Babel, The Blood of Yingzhou District, The Danish Poet, Happy Feet, The Last King of Scotland, Letters from Iwo Jima, The Lives of Others, Marie Antoinette, Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest, The Queen dan West Bank Story dengan satu anugerah.

Remove ads

Calon dan pemenang

Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-79 diumumkan pada Januari 23, 2007 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California, oleh Sid Ganis, presiden Akademi dan pelakon Salma Hayek.[12] Dreamgirls menerima pencalonan terbanyak dengan lapan diikuti Babel dengan tujuh.[13] Ini merupakan kali pertama filem yang menerima pencalonan terbanyak tidak dicalonkan untuk Filem Terbaik.[14]

Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Februari 25, 2007.[15] Dengan kegagalan terbarunya untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Peter O'Toole menjadi individu dengan pencalonan terbanyak tanpa kemenangan.[16]

Anugerah

Thumb
Martin Scorsese, Pemenang Pengarah Terbaik
Thumb
Forest Whitaker, Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik
Thumb
Helen Mirren, Pemenang Pelakon Wanita Terbaik
Thumb
Alan Arkin, Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Thumb
Jennifer Hudson, Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Thumb
George Miller, Pemenang Filem Animasi Terbaik
Thumb
Guillermo Navarro, Pemenang Sinematografi Terbaik
Thumb
John Knoll, Pemenang bersama Kesan Visual Terbaik

Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal..[17]

Maklumat lanjut Filem Terbaik, Pengarah Terbaik ...

Anugerah Kehormat Akademi

Anugerah Kemanusiaan Jean Hersholt

Pencalonan dan anugerah berganda

Maklumat lanjut Pencalonan, Filem ...
Remove ads

Penyampai dan penghibur

Penyampai

Penghibur

Remove ads

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads