Anugerah Dadasaheb Phalke

From Wikipedia, the free encyclopedia

Anugerah Dadasaheb Phalke
Remove ads

Anusgerah Dadasaheb Phalke ialah anugerah tertinggi dalam industri perfileman di India. Anugerah ini dipersembahkan secara tahunan di acara Anugerah Filem Kebangsaan oleh Direktorat Festival Filem, sebuah pertubuhan yang diuruskan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran. Penerimanya diiktiraf kerana "jasa-jasa menakjubkan mereka dalam pertumbuhan dan pembangunan pawagam India"[1] dan dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada ahli dari industri filem India.[2] Setakat 2014, anugerah ini termasuk pingat Swarna Kamal (Teratai Emas), sebuah syal, dan hadiah wang tunai sejumlah Templat:Indian rupee1,000,000 (AS$15,000).[3]

Fakta Segera Nama asli, Jenis ...
Thumb
Dadasaheb Phalke, sering dikreditkan sebagai "bapa pawagam India", mencipta filem cereka pertama India yang pertama Raja Harishchandra (1913).

Pertama kali diberikan pada 1969, anugerah ini diperkenalkan oleh Kerajaan India untuk mengenang jasa-jasa Dadasaheb Phalke terhadap pawagam India.[4] Phalke (1870–1944), yang dikenali sebagai dan sering disebut sebagai "bapa pawagam India", ialah seorang pembikin filem India yang mengarahkan filem cereka panjang pertama India, Raja Harishchandra (1913).[1]

Penerima pertama anugerah ini ialah pelakon Devika Rani, yang diberikan anugerah ini di Anugerah Filem Kebangsaan ke-17. Setakat 2013, terdapat 45 orang yang diberi penghargaan. Salah satunya ialah pelakon Prithviraj Kapoor yang merupakan satu-satunya penerima anumerta.[5] Anak lelakinya yang juga pembikin filem, Raj Kapoor, menerima anugerah ini sebagai perantaranya di Anugerah Filem Kebangsaan ke-19 pada 1971 dan dirinya sendiri menjadi seorang penerima pada 1987 di Anugerah Filem Kebangsaan ke-35.[6][7][a] Bommireddy Narasimha Reddy (1974) dan Bommireddy Nagi Reddy (1986);[10] Raj Kapoor (1987) dan Shashi Kapoor (2014); Lata Mangeshkar (1989) dan Asha Bhosle (2000) bersama dengan Baldev Raj Chopra (1998) dan Yash Chopra (2001) ialah orang-orang yang bersaudara yang memenangi anugerah itu.[11][12] Penerima paling terkini anugerah ini ialah pelakon Manoj Kumar yang menerima anugerah ini di Anugerah Filem Kebangsaan ke-63.

Remove ads

Penerima

Maklumat lanjut Tahun (Majlis), Imej ...
Remove ads

Anugerah serupa

Beberapa penganugerahan dan festival filem lain telah dinamakan sempena Dadasaheb Phalke, kadangkala menyebabkan kekeliruan. Anugerah tersebut termasuk Anugerah Yayasan Filem Dadasaheb Phalke dan Anugerah Kecemerlangan Dadasaheb Phalke, yang tidak berkaitan dengan penganugerahan yang diberikan oleh Direktorat Festival Filem. Beberapa pembikin filem terkemuka, seperti Shyam Benegal, telah mencadangkan bahawa kerajaan India mengambil langkah untuk menghalang penggunaan Dadasaheb Phalke seperti itu tetapi Kementerian Penerangan dan Penyiaran mengatakan bahawa ia tidak dapat melakukannya kerana nama-nama anugerah baru itu bukan salinan tepat.[84]

Remove ads

Catatan penjelasan

  1. Pada 1972, Raj Kapoor meraih anugerah anumerta yang diberikan kepada bapanya, Prithviraj Kapoor. Namun, pada 1 Mei 1988, ketika menerima anugerah itu oleh Presiden India, R. Venkataraman, Kapoor diserang sesak nafas dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans Presiden. Kapoor meninggal sebulan kemudian pada 2 Jun 1988.[8][9]
  2. Prithviraj Kapoor meninggal dunia pada 29 Mei 1972, pada usia 65 tahun.[17] Beliau menerima anugerah itu secara anumerta pada 1971.
  3. Vinod Khanna meninggal dunia pada 27 April 2017, pada usia 70 tahun.[80] Beliau dianugerahkan secara anumerta pada 2017.

Rujukan

Bibliografi

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads