Shashi Kapoor
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Shashi Kapoor PB (dilahirkan Balbir Prithviraj Kapoor; 18 Mac 1938 - 4 Disember 2017[1]) merupakan pelakon dan penerbit filem India. Beliau pernah muncul dalam sejumlah besar filem Hindi dan juga filem berbahasa Inggeris, terutama filem terbitan Merchant-Ivory. Beliau merupakan pengarah dan pembantu pengarah dalam industri perfilemen Hindi.[2]
Shashi Kapoor merupakan salah seorang ahli keluarga Kapoor, sebuah dinasti perfileman Bollywood. Beliau dilahirkan di Calcutta[3] (sekarang Kolkata) semasa Raj British. Beliau merupakan anak ketiga dan lelaki bongsu Prithviraj Kapoor, adik kepada Raj Kapoor dan Shammi Kapoor, dan balu kepada Jennifer Kendal (kakak kepada pelakon Felicity Kendal), dan bapa kepada Karan Kapoor, Kunal Kapoor, dan Sanjana Kapoor. Pada tahun 2011, beliau dianugerahkan Padma Bhushan oleh Kerajaan India untuk sumbangannya dalam industri perfileman India.[4]
Pada tahun 2015, Kapoor dianugerahkan pula Anugerah Dadasaheb Phalke 2014, menjadikan beliau sebagai ahli keluarganya yang ketiga menerima pengiktirafan tertinggi dalam perfileman India selepas ia turut pernah dimenangi oleh Prithviraj Kapoor dan Raj Kapoor.[5] Beliau dilaporkan telah ditahan di Hospital Kokilaben pada 3 Disember 2017 akibat jangkitan dada[6][7][8][9] dan meninggal dunia pada 4 Disember 2017 akibat sirosis hati yang berpanjangan.[10][9]
Remove ads
Bacaan tambahan
- The Kapoors: The First Family of Indian Cinema, by Madhu Jain. Penguin, Viking, 2005. ISBN 0-670-05837-8.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads