Apollo 8
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Apollo 8, merupakan misi pelancaran angkasa kedua yang membawa manusia dalam Program Apollo. Dilancarkan pada 21 Disember 1968 dan ia juga merupakan kapal angkasa pertama yg dikendalikan oleh manusia untuk keluar dari orbit Bumi, mencapai orbit Bulan, mengorbitnya dan kembali dengan selamat ke Bumi. Ketiga-tiga anak kapal, Komander Frank Borman, Juruterbang Modul Perintah James Lovell, dan Juruterbang Modul Lunar William Anders menjadi manusia pertama berjaya terbang melepasi orbit rendah Bumi, pertama melihat Bumi sebagai satu planet, dan pertama dapat melihat Bulan dari sebelah bertentangan. Misi ini juga merupakan penerbangan ketiga roket Saturn V, pelancaran bermanusia pertama bagi Saturn V dan juga pelancaran bermanusia pertama dari Pusat Angkasa Kennedy.
Semasa misi tersebut, siaran televisyen disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Siaran tersebut yang disiarkan semasa hari sebelum Krismas, dimana anak kapal membaca bab pertama dari Kitab Kejadian dan mengucapkan "Selamat malam, semoga berjaya, selamat menyambut Krismas dan moga Tuhan memberkati kamu -- untuk semua di Bumi (Good night, good luck, a Merry Christmas and God bless all of you -- all of you on the good Earth)". [4]
Remove ads
Earthrise
Gambar foto Earthrise adalah gambar foto Bumi yang dilihat dari Bulan yang kelihatan seperti Bumi terbit di Bulan (sama seperti Matahari terbit di Bumi). Gambar pertama yang diambil adalah dalam hitam putih oleh salah seorang angkasawan samada Frank Borman atau William Anders (suara sukar dikenalpasti akibat hingar).[5] Gambar yang terkenal adalah versi warna yang diambil oleh William Anders. Gambar ini merupakan salah satu gambar yang paling banyak salinanya dalam sejarah. Gambar ini juga merupakan tinggalan Program Apollo yang terpenting.[6]
- Earthrise versi warna
- Gambar Earthrise pertama dalam hitam putih
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads