Ares

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ares
Remove ads

Ares (Yunani Purba: Ἄρης [árɛːs], Yunani Moden: Άρης [ˈaris]) adalah dewa utama dan ahli 12 Dewa Olympus, putera Zeus dan Hera, melalui mitologi Yunani. Meskipun sering disebut sebagai Dewa Olympus untuk peperangan, dia lebih tepat adalah sebagai dewa yang kehausan darah, atau penyembelihan: "Ares ternyata kata nama abstrak purba yang bermaksud pertempuran, perang."[1]

Fakta Segera Kediaman, Simbol ...

Menurut Mitologi Yunani, Ares adalah dewa yang paling dibenci di seluruh Olympus. Sehinggakan ibu bapanya, Zeus dan Hera pun membenci dia. Kultus Ares juga tidak popular di zaman Yunani Kuno. Tetapi bukan semua dewa dan dewi di Gunung Olympus membenci Ares. Aphrodite menyayangi dia. Aphrodite juga pernah mencuba untuk menyelamatkan dia daripada kakak tirinya, Athena semasa Trojan War.

Dalam mitologi yunani, dikatakan bahawa Wanita Amazon, memilihnya dan menyembahnya sebagai pelindung umat mereka dan sebagai bapa pendiri bangsa mereka. Wanita Amazon dikenali sebagai keturunan Ares dan ratu pertama Amazon, Otrera. Penthesileia dan Hippolyte adalah anak perempuan mereka yang akan menjadi waris takhta Wanita Amazon.

Remove ads

Etimologi

Etimologi namanya secara tradisional dihubungkan dengan perkataan Yunani ἀρή (are), bentuk Ionik bagi Dorik ἀρά (ara), "kutukan, kehancuran, sumpahan, laknat".[2] Ada juga mungkin terdapatnya hubungan dengan dewa perang Rom Mars, melalui Proto-Indo-Eropah *M̥rēs; berbanding Yunani Purba μάρναμαι ( marnamai), "untuk berjuang, untuk bertempur", atau Hindi 'marna' (untuk membunuh). [3]

Lihat juga

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads