Arish

From Wikipedia, the free encyclopedia

Arishmap
Remove ads

Arish atau Al-Arīsh (Arab: العريش al-ʿArīš  sebutan Arab Mesir: [elʕæˈɾiːʃ]) merupakan ibu kota dan bandar terbesar (dengan 114,900 orang penduduk setakat 2002) bagi Kegabenoran Sinai Utara, dan juga bandar yang terbesar di seluruh Semenanjung Sinai, terletak di persisiran Mediterranean, 344 kilometer (214 bt) timur laut Kaherah. Arish dikenali dengan airnya yang membiru, pepohon pelepah yang menghiasi pantaiunya, dan pasirnya yang memutih. Arish turut memiliki marina, dan hotel-hotel mewah. Bandar ini juga turut terdapat beberapa fakulti untu Universiti Terusan Suez.

Fakta Segera El-Arish العريش, Negara ...

Arish mempunyai wadi yang berhampiran, Wadi Al Arish, yang menerima air banjir kilat dari utara dan tengah Sinai. Taman negara Azzaraniq terletak di bahagian timur Arish.[2]

Remove ads

Sejarah

Thumb
Kem Australian Light Horse berhampiran pantai di Arish, 1915-18
Thumb
Kakitangan von Kressenstein di Arish, 1916

Bandar ini mula tumbuh sekitar penempatan Badwi berhampiran kota kara Rhinocolura semasa zaman Dinasti Ptolemy. Pada Zaman Pertengahan, para penziarah menyalah anggap tempat itu ialah Sukkot seperti yang dirujuk dalam Bible. ʻArīsh bermaksud "pondok pelepah" dalam Sastera Arab.

Kubu baru dibangun di kawasan asal oleh Empayar Uthmaniyyah pada 1560. Semasa Perang Napoleon, Perancis melalukan kepungan pada kubu tersebut yang akhirnya tupas selepas 11 hari iaitu pada 19 Februari 1799. Ketika Perang Dunia I, kubu tersebut dimusnahkan oleh pengebom British. Ia kemudiannya menjadi Hospital Stesen ke 45 untuk merawat kecederaan semasa perang Palestin. Mereka yang mati di situ kemudiannya dikebumikan di Perkuburan Kantara Cemetery.

Remove ads

Geografi

Arish terletak di utara Semenanjung Sinai dan lebih kurang 50 kilometer (31 bt) dari sempadan Rafah menuju ke Tebing Gaza.[3]

Arish penempatan terbesar yang paling hampir dengan Tasik Bardawil.

Pengangkutan

Bandar ini mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Al Arish. Pembinaan lebuh raya pantai timur laut Mesir (bahagian Sinai Utara) dijangka siap pada 2008 yang menghubungkan El-Qantarah di Terusan Suez (di barat) ke sempadan tebing Gaza dengan melalui Arish. Landasan kereta api dari Kaherah juga sedang dalam pembinaan semula dan kini ia merentangi hingga "zon Ser dan Qawarir" di barat Arish. Laluan ini dahulunya ialah Landasan Kereta Api Palestin yang dibina semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua untuk menghubungkan Mesir dan Turki. Laluan landasan ini terputus semasa pembentukan Israel. Sinai Utara menjadi satu pencapaian bagi perangan kerajaan Mesir yang mengagihkan penduduk yang terlalu padat di Delta, dan ia dijangka dapat dicapai dengan projek pengakutan dan pengairan supaya 3 juta rakyat Mesir dapat menetap di Sinai Utara.

Iklim

Sistem pengelasan iklim Köppen-Geiger mengelaskan iklimnya sebagai gurun panas (BWh). Namun, tiupan angin Mediterranean sepanjang masa menyederhanakan suhunya, seperti pantai utara Mesir yang lain.

Suhu tertinggi yang pernah direkod ialah 45 °C (113 °F), direkod pada 29 Mei 2003, manakala suhu terendah ialah −6 °C (21 °F), direkod pada 8 Januari 1994.[4]

Maklumat lanjut Data iklim untuk Arish, Bulan ...
Remove ads

Lihat juga

  • El Arish, Queensland

Rujukan

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads