Ariwatan
Kumpulan Rock Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ariwatan ialah sebuah kugiran rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1988 dengan nama SYJ. Penubuhnya ialah Syed Yusuf Jamalulail yang bertindak sebagai pengurus mereka selepas SYJ yang pertama menukar nama mereka kepada Sofea. Namun yang demikian, kumpulan ini cuma sempat menggunakan nama SYJ untuk persembahan pentas sahaja.[1]Mereka menukar gelaran mereka kepada Ariwatan selepas mendapat tawaran merakamkan album pada tahun 1989. Namun mereka hanya sempat merakamkan sebuah album sahaja di bawah kelolaan M. Nasir sebelum berpecah. Pada tahun 1991, Aris Ariwatan meneruskan karier sebagai penyanyi solo dengan membawa nama kumpulan tersebut.
Remove ads
Diskografi
Ariwatan merupakan album debut buat kumpulan Ariwatan yang kemudian berpecah dan tidak merakamkan album lagi melainkan vokalisnya, Aris Ariwatan meneruskan karier secara solo dan berjaya di pasaran. Album ini diterbitkan oleh M. Nasir dan mempopularkan lagu "Pertama dan Selamanya" dan "Nyanyian Rebah".
Senarai Lagu
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
