Atol
terumbu karang berbentuk seperti gelang, secara umunya terbentuk di atas bekas gunung berapi lautan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Atol atau pulau cincin[1] adalah sebuah pulau (atau pulau-pulau) batu karang yang mengelilingi sebahagian atau keseluruhan sesebuah lagun.

Perkataan "atol" (bahasa Inggeris , atoll) berasal dari bahasa Dhivehi yang dituturkan di Maldives, iaitu atholhu (Dhivehi: އަތޮޅު, [ˈət̪ɔɭu])OED. Ia pertama kali digunakan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1625 sebagai atollon.
Charles Darwin mengakui sumber asalnya dan menyebut dalam karya beliau The Structure and Distribution of Coral Reefs.[2]
Remove ads
Pembentukan
Atol lebih sering terbentuk di kawasan tropika hasil pengumpulan organisma-organisma yang tertarik kepada suhu tinggi hasil kegiatan gunung berapi bawah laut lalu menumpuk di batu-batu karang sekitar gunung yang mula memendap setelah pupus dan terhakis oleh pergerakan laut.
Turutan pembentukan ini didasarkan catatan Darwin tahun 1842 dalam pelayaran HMS Beagle dari 1831 hingga 1836 yang memerhatikan atol-atol di selatan Lautan Pasifik.[2]
- Teori Darwin bermula dengan sebuah pulau gunung berapi yang pupus.
- Pulau yang tenggelam menyebabkan pertumbuhan terumbu karang tepi sehingga membentuk lagun cetek.
- Terumbu karang semakin besar dengan tenggelamnya pulau.
- Terumbu karang membentuk atol dengan lagun lengkap.
Remove ads
Pengagihan

Diduga terdapat kira-kira 440 atol atau pulau cincin di dunia ini.[3]
Pengagihan atol di seluruh dunia bersifat instruktif: sebahagian besar atol dunia terletak di Lautan Pasifik (dengan penumpuan di Kepulauan Tuamotu, Kepulauan Caroline, Kepulauan Marshall, Kepulauan Laut Karang, dan kumpulan pulau Kiribati, Tuvalu dan Tokelau) dan Lautan Hindi (Atol di Maldives, Lakshadweep, Kepulauan Chagos, dan Kepulauan Luar di Seychelles). Lautan Atlantik tidak mempunyai kumpulan besar atol selain daripada lapan atol di timur Nicaragua yang dimiliki oleh Pentadbiran San Andrés dan Providencia, Colombia di Laut Caribbean.
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads