Azza Zawari

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Noor Azzarima binti Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza Elite (lahir 12 November 1977) merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi Kumpulan Elite (kumpulan). Azza ialah pengasas kumpulan Elite yang pernah dianggotai Sasha Saidin, Abby Abadi, Watie Sadali dan Linda Rafar. Namun, Elite sudah pun berpecah apabila anggotanya membawa haluan sendiri. Azza pula ketika ini aktif sebagai pelakon dan pengacara.

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Kerjaya

Selain berlakon, Azza juga aktif dalam bidang perniagaan apabila mengeluarkan beberapa produk bawah keluaran Azza Elite Empire HQ dan antaranya Azza Elite Make-up Base, Azza Elite Talkum dan banyak lagi.

Azza kini sedang menjayakan sebuah program yang mengkhususkan pembelian barangan secara atas talian iaitu LAKU Mall HD pada tahun 2017 yang akan disiarkan di HyppTV. Beliau akan mengacara bersama Dynas Mokhtar dan Iskandar Ng. LAKU Mall adalah kolaborasi antara HyppTV bersama Mangkin Prestij dan M Tanochi Home Shoppping.Beliau juga adalah pengacara Go Shop setelah keluar dari Gegar Vaganza 2018. Dan kini beliau bersama adalah pengusaha sejadah noor yang menjual sejadah di Malaysia.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Azza pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi pada 15 Februari 2000, bercerai pada pertengahan 2004. Pasangan itu akhirnya bercerai pada pertengahan November 2004. Namun, Azza merahsiakan perkara berkenaan dari pengetahuan umum sehinggalah baru-baru ini saja dia bersedia menerima hakikat dan membuat pengumuman.

Azza kini bahagia dengan kehadiran Marrisa Jannah yang kini berusia setahun lebih. Azza bakal muncul dengan album solo pertamanya yang berkonsepkan pop & dance. Album berkenaan diterbitkan syarikatnya sendiri, AR Productions.

Perkahwinan kedua Azza, 34 dan Azlan Zulaily, 25 diijabkabulkan pada 1 April 2012 di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Suaminya Azlan Zulaily, 25, yang bekerja sebagai pramugara penerbangan domestik AirAsia. Mereka sering bersama ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) setiap hari apabila suaminya pergi kerja. Perkahwinan pertamanya dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur berakhir pada tahun 2005.[1]

Pada awal Januari 2013, Azza telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Perubahan beliau disambut baik oleh suami dan ahli keluarganya.[2]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads