Betul ke Bohong?
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Betul ke Bohong? merupakan rancangan game show yang dibekalkan di dalam rangkaian televisyen satelit Astro yang disiarkan setiap hari Selasa, 10 malam di saluran Astro Warna. Episod pertama disiarkan pada 11 Jun 2012. Ini merupakan versi Malaysia dari rancangan United Kingdom bertajuk Would I Lie to You?. Would I Lie to You? merupakan format rancangan permainan televisyen yang dimiliki Zeppotron dibuat untuk BBC One di United Kingdom.
Remove ads
Konsep
Betul Ke Bohong merupakan rancangan panel selebriti yang berdasarkan kenyataan dan cerita yang mungkin benar atau tidak. Satu pasukan harus memberikan kenyataan dan pihak lawan harus meneka kenyataan itu betul ke bohong jika kenyataan itu mereka teka salah, ahli kumpulan atau ketua kumpulan akan dihukum iaitu akan dikenakan kejutan elektrik (dikaran). Dua kumpulan mengandungi 2 orang artis jemputan yang juga diwakili oleh Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu. Mereka akan berentap untuk perolehi markah tertinggi bagi kumpulan masing-masing. Di dalam musim keempat, Jep dan Shuib dari Sepahtu telah digantikan oleh Shahrol dan Ajak dari kumpulan Shiro. Format rancangan juga bertukar, di mana di dalam pusingan ketiga, salah seorang artis jemputan di dalam kumpulan masing-masing perlu duduk di dalam kerusi elektrik. Pada 2015 Dato Ac Mizal digantikan oleh Johan sebagai pengacara ini. Shahrol dan Ajak dari kumpulan Shiro telah digantikan oleh Ray dan Hanif dari Johara. Penambahan pembantu kapten iaitu Achey mewakili kumpulan Hanif & Angah mewakili kumpulan Ray. Musim Kelapan akan membawa tema cinta kepada suami dan isteri. Ozzlyn akan menjadi pengacara bersama dengan suaminya iaitu Johan.
Remove ads
Musim
Musim Pertama
Musim Kedua
Musim Ketiga
Musim Keempat
Musim Kelima
Musim Kelima Istimewa Episod 1
Musim Kelima Istimewa Episod 2
Musim Keenam
Musim Ketujuh
Musim Kelapan
Remove ads
Rujukan
- http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/articleId/43469/Betul-Ke-Bohong.aspx
- http://www.utusan.com.my/Hiburan/20120824/hi_02/AC-terkilan
- http://www.utusan.com.my/Hiburan/20120522/hi_08/Shuib-tanpa-Sepahtu
- http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm Diarkibkan 2013-12-15 di Wayback Machine
- http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/articleId/43469/Betul-Ke-Bohong.aspx
- http://www.utusan.com.my/Hiburan/20120824/hi_02/AC-terkilan
- http://www.utusan.com.my/Hiburan/20120522/hi_08/Shuib-tanpa-Sepahtu
- http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm Diarkibkan 2013-12-15 di Wayback Machine
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads