Bachok Tengah (kawasan negeri)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Bachok Tengah ialah salah satu bekas kawasan pilihan raya negeri yang terletak di negeri Kelantan, Pantai Timur Malaysia. Bachok Tengah telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sejak tahun 1959 sehingga 1974. Kawasan pilihan raya ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.

Fakta Segera Kawasan pilihan raya Kelantan, Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi ...

Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bachok Tengah yang terakhir berkhidmat ialah Mohammad Amin Ya'akub mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).[2]

Remove ads

Sejarah

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...

Kawasan pilihan raya Bachok Tengah telah diciptakan pada tahun 1958 untuk persiapan pilihan raya negeri pada tahun berikutnya, 1959. Bachok Tengah terletak di dalam kerusi parlimen Bachok. Kawasan pilihan raya ini berjiran dengan kawasan Bachok Utara di utara, dan Bachok Selatan di selatan. Kawasan ini berhadapan dengan Laut China Selatan menghadap ke arah timur. Penamaan kawasan pilihan raya ini sebagai Bachok Tengah dipilih kerana kedudukan geografinya di tengah-tengah kawasan parlimen Bachok.[1]

Kawasan Bachok Tengah mula dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada 24 Jun 1959, bersama-sama dengan kawasan Dewan Undangan Negeri lain yang terdapat di Kelantan.[3] Pada peringkat awal, sebanyak empat calon yang bertanding di kawasan ini iaitu, Mohammad Amin Ya'akub mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Ismail Yusoff mewakili Parti Perikatan, Nik Mat Haji Wan Hassan mewakili parti Barisan Sosialis dan Mohamad Yusoff Yahya mewakili Parti Negara. Sebanyak 8,104orang pengundi berdaftar di bawah kawasan Bachok Tengah untuk tahun itu.[4] Keputusan pemenang telah diumumkan pada 26 Jun 1959 di Berita Harian, yang di mana memaparkan Mohammad Amin Ya'akub telah menang, memperolehi 74.0 peratus undian, berbanding saingannya Ismail Yusof sebanyak 16.7 peratus, Mohamad Yusoff Yahya sebanyak 6.6 peratus dan Nik Mat Wan Haji Hassan sebanyak 2.6 peratus.[5]

Pada pilihan raya berikutnya iaitu pada 1964, Mohammad Amin Ya'akub dari PAS kembali bertanding sekali lagi di Bachok Tengah. Terdapat satu saingannya kali ini iaitu Yusof Salleh dari Perikatan. Terdapat 8,552 pengundi berdaftar di kerusi ini, bertambah 448 orang berbandingan tahun sebelum ini. Setelah keputusan dikeluarkan oleh Surohanjaya Pilehanraya (kini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia), Mohammad Amin kekal dan masih bertahan di kerusi Bachok Tengah, dengan mendapatkan majoriti sebanyak 1,849.[6] Pada pilihan raya negeri 1969, terdapat dua calon yang bertanding di kerusi Bachok Tengah iaitu, Mohamad Amin Ya'akub dan Mohammad Amin Othman. Masing-masing mewakili parti PAS dan Perikatan. Ini merupakan pilihan raya terakhir diadakan kerana kawasan ini akan dimansuhkan dan dipinda menjadi nama baharu tak lama lagi. Kesudahannya, Mohammad Amin Ya'akub memenangi kerusi ini dengan mendapat undian sebanyak 56.7 peratus berbanding saingannya iaitu Mohammad Amin Othman sebanyak 43.3 peratus.[1][2] Kawasan ini terus berkhidmat sehingga 1973. Pada tahun 1974, kawasan Bachok Tengah tidak wujud lagi dalam kerusi Dewan Negeri kerana telah dipinda menjadi nama Perupok.

Sejarah perwakilan

Maklumat lanjut Penggal, Tahun ...
Remove ads

Keputusan pilihan raya

Pilihan raya 1960-an

Maklumat lanjut Parti, Calon ...
Maklumat lanjut Parti, Calon ...

Pilihan raya 1950-an

Maklumat lanjut Parti, Calon ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads