Bahasa Kadazan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Bahasa Kadazan, juga dikenali dengan Dusun Tangara, atau Bahasa Kadazan Pesisir (terjemahan dari bahasa Inggeris: Coastal Kadazan), ialah sebuah dialek bagi Dusun Tengah yang merupakan bahasa berpenutur sedikit yang banyak dituturkan di Sabah, Malaysia. Ia menjadi percakapan utama yang dituturkan oleh orang Kadazan di pantai barat Sabah terutama di kawasan Penampang, Papar dan Membakut.

Fakta Segera Asli kepada, Kawasan ...
Remove ads

Ciri-ciri

Penggunaan bahasa Kadazan semakin diabaikan disebabkan penggunaan Bahasa Melayu oleh pemerintah persekutuan Malaysia dan penggunaan Bahasa Inggeris oleh mubaligh, yang mana dilakukan melalui kaedah penguatkuasaan perubahan bahasa oleh kedua-dua penjajah dan pemerintah persekutuan. Negeri Sabah telah memperkenalkan dasar untuk menghalang pengabaian ini, yang mana berlaku juga ke atas bahasa tempatan Sabah yang lain. Ini termasuklah dasar menggunakan bahasa Kadazan dan bahasa asli yang lain di sekolah awam.

Bahasa Kadazan banyak mengambil kata pinjaman, terutama dari bahasa asli Borneo di utara dan juga bahasa Melayu. Bahasa Kadazan secara meluas menggunakan sebutan bersuara /z/ dan kamus bahasa mereka, satu ciri yang ditemui hanya di beberapa bahasa Austronesia sahaja. Bahasa Tsou dan Paiwan juga mempunya unsur serupa, dituturkan oleh orang asli Taiwan. Selain itu, bahasa Malagasy dituturkan di pulau Madagascar ribuan batu jauhnya di rantau Afrika.

Bahasa Kadazan amat difahami bersama Bahasa Dusun Tengah (atau Bahasa Kadazandusun) dan ramai beranggapan kedua-duanya bahasa yang sama.

Remove ads

Sejarah

Bahasa ini disisihkan bersama bahasa asli Sabah yang lain di bawah pentadbiran Mustapha Harun yang memihak kepada dasar asimilasi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di seluruh negeri.[1]

Dengan usaha Pertubuhan Kebudayaan Kadazandusun Sabah, pada 1995, bahasa dialek Dusun Bundu-Liwan (Dusun Tengah) dipilih sebagai asas pemiawaian bahasa "Kadazandusun".[2][3] Dialek ini dipilih disebabkan ia lebih banyak difahami apabila ditukarkan dengan dialek "Dusun" atau "Kadazan" yang lain.

Remove ads

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads