Banjo

From Wikipedia, the free encyclopedia

Banjo
Remove ads

Banjo (disebut [bén.jo]) ialah sebuah alat muzik bertali empat hingga enam dengan suatu lapisan kulit nipis yang menyalunkan petikan tali alat lalu menghasilkan bunyi yang tersendiri. Ia diperkenalkan masyarakat Afrika yang dibawa dan diperhambakan di Amerika Syarikat, di mana mereka menghasilkan alat ini hasil daripada alat bertali yang pernah digunakan masyarakat-masyarakat asal benua tersebut.[1][2]

Fakta Segera Alat tali, Pengelasan Hornbostel-Sachs ...

Alat ini sering dimainkan dan dikaitkan dengan muzik genre folk dan country; malah ia juga diterapkan dalam genre moden seperti rock (sepertimana dipakai kugiran-kugiran seperti The Eagles, Led Zeppelin dan The Allman Brothers).

Remove ads

Sejarah

Perkataan "banjo" mula tercatat sejak abad ke-18 dan awal abad ke-19[2] dengan banyak ejaan berbeza seperti bangie, banza, bonjaw,[3] banjer[4] and banjar; namun asal-usul kata ini banyak diperdebatkan - sama ada daripada perkataan bahasa Kimbundu mbanza,[5] iaitu sejenis alat bertali lima, sebutan pelor bandore atau bandurria (menurut Oxford English Dictionary)[6] mahupun sebuah tarian tradisi kaum Afrika-Caribbean iaitu "banya".[7]

Alat banjo yang dikenali umum datang daripada rantau kepulauan Caribbean sejak abad ke-17 hasil kacukan unsur budaya banyak hamba-hamba yang dibawa dari Afrika Barat melalui Perdagangan Hamba Atlantik. Banyak alat bertali yang wujud menampilkan bentuk sedikit sebanyak mirip banjo moden dari rantau ini seperti kora dimainkan orang Manding, akonting dimainkan orang Jola Senegambia serta ubaw-akwala dimainkan kaum Igbo.[8] Model-model awal alat ini terbina dengan bentuk badan berbentuk labu dengan leher batang kayu serta bilangan tali yang pelbagai. Binaan sebegini lama-kelamaan membeza dengan munculnya ciri papan menjari (fingerboard) serta tombol penala hasil pengaruh Barat seawal kurun ke-17 di Caribbean.[9]

Alat muzik ini mula dikenali secara umumnya melepasi budaya masyarakat Afrika Amerika dan kulit putih luar bandar melalui pertunjukan minstrel yang muncul sepanjang abad ke-19.[10][11][12][13]

Remove ads

Binaan

Binaan setiap banjo berbeza mengikut bilangan tali yang dipasangkan di badan ia lalu mempengaruhi cara ia dimainkan.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads