Labu
kelompok tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Labu merangkumi buah bagi beberapa spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Cucurbitaceae, khususnya Cucurbita dan Lagenaria. Istilah ini merujuk kepada sebilangan spesies dan subspesies, yang kebanyakannya bercangkang keras dan sesetengahnya pula tiada. Salah satu tumbuhan domestik terawal iaitu subspesies labu air, Lagenaria siceraria, telah ditemukan di tapak arkeologi bertarikh seawal 13,000 SM. Labu mempunyai banyak kegunaan sepanjang sejarah, termasuk sebagai peralatan, alat muzik, barang kesenian, wayang dan makanan.

Remove ads
Peristilahan
Labu terkadang dipakai untuk menggambarkan tanaman dalam keluarga Cucurbitaceae seperti labu manis, skuasy, timun, petola dan tembikai.[1] Lebih khusus pula, labu merujuk kepada buah tumbuhan dalam dua genus Cucurbitaceae, Lagenaria dan Cucurbita,[2][3] ataupun kepada cangkang keringnya yang sudah lohong.
Terdapat banyak jenis labu di seluruh dunia. Tumbuhan julung yang dirujuk sebagai labu merangkumi beberapa spesies daripada genus Cucurbita (kebanyakannya berasal dari Amerika Utara, termasuk labu Malabar dan labu serban), Crescentia cujete (labu kayu atau tabu kayu, berasal dari tropika Amerika) dan Lagenaria siceraria (labu air, dikatakan berasal dari Afrika tetapi ada di seluruh dunia).[4][5]:21 Tumbuhan lain dengan nama labu termasuklah labu siam dan labu kundur.[6]
Remove ads
Sejarah
L. siceraria atau labu air berasal dari Amerika, ditemukan di tapak arkeologi Peru bertarikh dari 13,000 ke 11,000 SM dan di tapak Thailand dari 11,000 ke 6,000 SM.[4] Kajian terkait DNA labu air yang diterbitkan pada 2005 mencadangkan terdapat dua subspesies berlainan labu air yang didomestikkan secara bebas di Afrika dan Asia, yang terakhir itu lebih kurang 4,000 tahun lebih awal. Labu yang terdapat di Amerika tampaknya datang daripada subspesies Asia yang sangat awal dalam sejarah, sungguhpun kajian terbaru kini menunjuk pada Afrika.[7] Rekod arkeologi dan DNA menunjukkan kemungkinan besar labu adalah antara spesies pertama yang didomestikkan, di Asia antara 12,000 dan 13,000 tahun sebelum sekarang dan kemungkinan spesies tumbuhan pertama yang didomestikkan.[8]
Labu terus digunakan sepanjang sejarah hampir dalam setiap budaya di seluruh dunia. Perhubungan Eropah di Amerika Utara menemukan penggunaan labu yang meluas, termasuk penggunaan labu air sebagai rumah burung untuk memikat si martin ungu, yang menyediakan kawalan kumbang untuk agrikultur. Hampir setiap budaya pula mempunyai alat muzik yang diperbuat daripada labu, termasuk gendang, alat tali yang umum di Afrika dan alat tiup, termasuk seruling hidung dari Pasifik.[5]:23
Remove ads
Penggunaan
Budaya dari wilayah kontang ini kerap dikaitkan dengan air, dan ia muncul dalam banyak dongeng penciptaan. Sejak awal sejarahnya lagi, ia mempunyai banyak kegunaan, termasuk makanan, perkakas dapur, mainan, alat muzik dan perhiasan.[4] Hari ini, labu sering dipakai untuk pelbagai ketukangan yang luas, termasuk barang kemas, perabot, hidangan, perkakas dan pelbagai perhiasan yang luas melalui pengukiran, pembakaran dan teknik-teknik lain.[9]
Labu turut dipakai dalam alat muzik. Sebagai contoh, balafon, sebuah alat genderang Afrika Barat, adalah xilofon yang mempunyai labu yang disambungkan ke dasar setiap not untuk gemanya.[10]
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
