Basenji
baka anjing dari Republik Demokratik Congo From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Basenji[a] ialah satu baka anjing pemburu yang diwujudkan daripada ternakan yang berasal dari Afrika Tengah, termasuk Republik Congo dan negara-negara Afrika tropika bersebelahan lain. Persekutuan Kinologi Antarabangsa menempatkan basenji dalam kategori spits dan "jenis primitif", sementara American Kennel Club pula mengelaskannya sebagai hound.[1] Baka ini tidak menyalak dengan cara tradisional seperti kebanyakan anjing, tetapi sebaliknya bersuara dengan bunyi "cakap" mirip yodel yang luar biasa oleh sebab larinksnya yang berupa bentuk luar biasa.[2] Trait ini memberi basenji nama gelaran anjing "tidak menyalak",[3] sifat serupa yang terlihat dan terdengar pada anjing menyanyi New Guinea.
Basenji ialah anjing kecil atletik yang mampu berlari sehingga 30–35 miles per jam (48–56 km/j) dan mengongsi banyak trait distingtif dengan jenis-jenis anjing paria dari subbenua India. Selain penyuaraannya yang serupa secara unik, basenji, dingo Australia, anjing menyanyi New Guinea kesemuanya hanya mendatangi estrus hanya sekali setahun, demikian juga mastif Tibet; baka anjing lain mungkin mengalami dua atau lebih musim pembiakan pada setiap tahun. Basenji kekurangan bau distingtif atau "bau anjing".[1]
Remove ads
Nama
Dalam bahasa Swahili, mbwa shenzi diterjemahkan kepada "anjing gasar". Satu lagi nama tempatan ialah m'bwa m'kube, mbwa wa mwitu "anjing liar", atau "anjing yang melompat-lompat",[4] yang merupakan rujukan kepada kecenderungannya untuk melompat-lompat ke atas untuk mengesan buruannya.
Anjing ini juga dikenali oleh orang Azande di Sudan Selatan sebagai ango angari.[5]
Zuriat
Basenji telah dikenal pasti sebagai baka basal yang mendahului kemunculan baka moden pada abad ke-19.[6] Kajian-kajian DNA berdasarkan jujukan seluruh genom menunjukkan bahawa basenji dan dingo kedua-duanya dianggap sebagai anggota basal bagi klad anjing bela jinak.[7][8][9]
Pada tahun 2021, genom bagi dua ekor basenji digabungjalinkan, yang menandakan bahawa basenji tergolong dalam kumpulan spits Asia.[10] Gen AMY2B menghasilkan enzim, iaitu amilase, yang membantu untuk mencerna kanji. Serigala, husky, dan dingo memiliki hanya dua salinan bagi gen ini, yang menyediakan bukti bahawa haiwan-haiwan ini muncul sebelum perluasan pertanian.[9] Kajian genom menemukan keserupaan bahawa basenji memiliki dua salinan bagi gen ini.[10]
Remove ads
Sejarah

Basenji berasal dari benua Afrika.[11] Di sana, ia telah dikenal pasti dengan gambaran Mesir tentang anjing dengan ekor melingkar dan telinga tegak, iaitu baka yang dipanggil tesem yang ditemukan pada lukisan dinding setua 4,500 tahun.[12][13][14]
Edwards (2021) mencadangkan bahawa basenji membuat penampilan pertamanya di dunia barat pada pertengahan abad ke-19 dan, untuk menyokong ini, berpendapat bahawa sebuah lukisan karya Thomas Musgrave Joy (1812–1866) berjudul Three Dogs ("Tiga Ekor Anjing") bertarikh tahun 1843 kepunyaan Ratu Victoria menyertakan seekor anjing yang jelas-jelas merupakan basenji. Anjing yang dimaksudkan dibawa pulang daripada ekspedisi Niger 1841.[10][15]
Orang Eropah pertama kali memerihalkan baka ini yang menjadi basenji pada tahun 1895 di Congo. Anjing ini dihargai oleh orang tempatan kerana kecerdasannya, keberaniannya, kepantasannya, dan kesenyapannya.
Beberapa percubaan dilakukan untuk memperkenalkan baka ini ke England, namun import terawal tewas kepada penyakit. Pada tahun 1923, enam ekor basenji dibawa dari Sudan, tetapi keenam-enam anjing mati akibat suntikan distemper yang diterima dalam kuarantin.[16] Waktu berlalu sehingga tahun 1930-an apabila ternakan asasi berjaya diasaskan di England, dan kemudian di Amerika Syarikat oleh pengimport haiwan Henry Trefflich. Boleh jadi semua basenji di dunia Barat diturunkan daripada import asli ini yang sedikit.[17] Baka ini secara rasmi diterima ke dalam AKC pada tahun 1943. Pada tahun 1990, buku pembaka AKC dibuka semula kepada 14 import baharu atas permintaan Basenji Club of America.[18] Buku pembaka dibuka semula lagi kepada anjing import terpilih dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2013.[19] Ekspedisi pimpinan orang Amerika mengumpulkan ternakan pembiakbakaan di kampung-kampung di kawasan Basankusu di Republik Demokratik Congo pada tahun 2010.[20] Basenji juga berdaftar dengan United Kennel Club.
Kepopularan basenji di Amerika Syarikat, menurut American Kennel Club, telah menurun dalam dekad terakhir, dengan kedudukan di tangga ke-71 pada tahun 1999, lalu menurun dari tangga ke-84 pada tahun 2006, dan ke tangga ke-93 pada tahun 2011.[21] Setakat tahun 2024, peringkat baka ini telah meningkat ke tempat ke-80.[22]
Remove ads
Ciri
Penampilan





Basenji ialah anjing kecil berbulu pendek dengan telinga tegak, ekor yang melingkar dengan ketat dan leher gemalai. Dahi basenji berkedut, malah lebih berkedut semasa muda atau amat teruja. Mata basenji secara tipikal berbentuk badam. Basenji biasanya berukuran kira-kira seberat 9–11 kg (20–24 lb) dan berdiri setinggi 41–46 cm (16–18 in) pada paras bahu.[1] Ia merupakan baka segi empat sama, yang bermaksud bahawa tingginya dan panjangnya sama, biasanya dengan jantan yang lebih besar daripada betina. Basenji ialah anjing atletik dan luar biasa berkuasa untuk saiznya.
Piawaian FCI menyatakan bahawa apabila bergerak tungkainya patut: 'terangkat lurus-lurus ke hadapan dengan langkah pantas, panjang, tanpa letih, dan berayun'.[23] Basenji terdapat dengan beberapa pewarnaan berlainan: merah, hitam, triwarna, dan brindle, dan kesemuanya mempunyai kaki, dada, dan hujung ekor putih.
Perangai dan tingkah laku
Basenji berwaspada, bertenaga, dan berat hati terhadap orang asing. Basenji cenderung menjadi terikat secara emosi dengan seorang manusia tunggal. Basenji mungkin tidak berbaik dengan haiwan peliharaan bukan anjing. Basenji tidak menyukai cuaca basah, sama seperti kucing, dan kerap enggan keluar dalam sebarang keadaan lembap. Ia suka memanjat dan mampu semudahnya memanjat pagar dawai berantai.[23]
Basenji kerap berdiri di atas tungkai belakangnya, lebih kurang seperti meerkat, dengan sendiri atau dengan bersandar pada sesuatu; tingkah laku ini kerap diperhatikan apabila anjing berkenaan ingin tahu tentang sesuatu. Basenji memiliki dorongan pemangsa kuat. Menurut buku The Intelligence of Dogs, ia menempati tangga kedua untuk anjing paling kurang boleh latih, apabila diarah untuk melakukan perintah manusia (didahului hanya oleh anjing pemburu Afghan).[perlu rujukan] Kecerdasan sebenarnya terlihat apabila ia perlu benar-benar menyelasaikan masalah demi matlamat sendiri anjing berkenaan (seperti makanan atau kebebasan).
Basenji amat terdorong terhadap mangsa dan bakal mengejar kucing dan haiwan kecil lain.
Remove ads
Kesihatan
Hanya terdapat satu tinjauan kesihatan lengkap bagi baka anjing, termasuk basenji, yang dijalankan oleh The Kennel Club pada tahun 2004. Tinjauan ini menunjukkan prevalens penyakit pada basenji dengan dermatitis (9% daripada respons), inkontinens dan jangkitan pundi (5%), hipotiroidisme (4%), piometra dan kemandulan (4%).[24]
Kelanjutan usia
Basenji dalam tinjauan The Kennel Club tahun 2004 mempunyai jangka hayat median sebanyak 13.6 tahun (saiz sampel 46 ekor anjing yang telah mati),[24] yang lebih panjang 1–2 tahun berbanding dengan jangka hayat median bagi baka lain dengan saiz serupa. Anjing tertua dalam tinjauan ini berusia 17.5 tahun. Punca paling umum bagi kematian merupakan usia lanjut (30%), masalah urologi (inkontinens, sindrom Fanconi, kegagalan ginjal kronik; 13%), masalah tingkah laku ("tidak disebut" dan agresi 9%), dan kanser (9%).[24]
Sindrom Fanconi
Sindrom Fanconi, iaitu kecelaruan terwaris yang melibatkan kegagalan salur ginjal untuk menyerap elektrolit dan nutrien semula,[25] adalah luar biasa lazim pada basenji.[26] Gejala termasuk dahaga berlebihan, kencing berlebihan, dan glukosa di dalam air kencing, yang mungkin membawa kepada kesilapan diagnosis untuk diabetes. Sindrom Fanconi dapat dirawat dan kerosakan organ dikurangkan jika perawatan bermula awal-awal. Para pemilik basenji dinasihati untuk menguji air kencing anjing mereka untuk glukosa sekali sebulan mulai usia 3 tahun. Strip ujian glukosa yang direka bentuk untuk manusia penghidap diabetes adalah murah dan tersedia di kebanyakan farmasi. Protokol pengurusan penyakit Fanconi telah dimajukan yang dapat digunakan oleh doktor haiwan untuk merawat anjing penghidap penyakit Fanconi.[27]
Isu kesihatan lain
Basenji kadang-kadang membawa gen resesif ringkas yang, apabila homozigus untuk kecacatan, menyebabkan anemia hemolisis genetik.[28] Kebanyakan basenji abad ke-21 diturunkan daripada leluhur yang telah teruji bersih. Apabila zuriat daripada susur galur yang sepenuhnya teruji tidak dapat sepenuhnya disahkan, anjing berkenaan patut diuji sebelum pembiakbakaan. Oleh sebab ini merupakan ujian DNA tidak invasif, basenji dapat diuji untuk HA pada bila-bila masa.
Basenji kadang-kadang menderitai displasia pinggul yang menyebabkan kehilangan mobiliti dan gejala mirip artritis. Semua anjing patut diuji sama ada oleh OFA atau PennHIP sebelum pembiakbakaan.
Malpenyerapan, atau enteropati imunoproliferatif, ialah penyakit usus autoimun yang membawa kepada anoreksia, cirit-birit kronik, malah kematian. Diet khusus dapat memperbaik mutu hidup untuk anjing terjejas.
Baka ini juga dapat menjadi mangsa kepada atrofi retina progresif (kemerosotan retina yang menyebabkan kebutaan) dan beberapa masalah mata warisan kurang parah seperti koloboma (lubang dalam struktur mata), dan membran pupilari tegar (benang halus di serata pupil).
- Basenji
- Basenji trindle
- Sepasang basenji merah
- Seekor basenji hitam dan putih
Remove ads
Dalam kebudayaan popular
- Dalam mitologi orang Nyanga, Rukuba ialah basenji bercakap dan anjing peliharaan milik dewa api Nyamuriri. Seorang lelaki bernama sama ada Nkhango atau Mikhango meyakinkan Rukuba untuk membantunya mencuri api rakyatnya. Setelah murka akibat ini, Nyamuriri mengusir anjingnya. Dalam sesetengah versi, ia juga mencabut kebolehan anjing itu untuk bercakap. Dalam kebanyakan versi, Rukuba masih mampu bercakap apabila ia terus tinggal dengan orang Nyanga, tetapi enggan melakukannya lagi sebaik Nkhango mencuba untuk menjadikannya utusan untuk kampung itu.[29]
- Watak judulan bagi novel tahun 1954 Good-bye, My Lady, karya James H. Street, ialah seekor basenji betina. Buku ini dijadikan filem senama pada tahun 1956, dengan barisan pelakon yang menyertakan Brandon deWilde, Walter Brennan, dan Sidney Poitier.[30] Beberapa ekor basenji digunakan untuk peranan utama, dengan "bintang" utama yang merupakan "My Lady of the Congo", seekor basenji berusia enam bulan yang dibiakbakakan oleh Veronica Tudor-Williams dari Molesey, England. Ia diikuti oleh empat ekor basenji muda lain untuk berlakon sebagai pelakon gantian termasuk saudaranya, "My Lord of the Congo", dan "Flageolet of the Congo", (yang kemudian menjadi Juara Antarabangsa). "My Lady" melakonkan kebanyakan adegan.[31]
- Kisah sebenar seekor basenji ditonjolkan dalam episod "The Cat Came Back" dalam rancangan radio This American Life.[32]
- Basenji ditonjolkan dalam episod keempat ("Tyler Tucker, I Presume?") dalam musim ketiga bagi siri animasi televisyen The Wild Thornberrys. Nigel Thornberry bersemuka dengan sekumpulan anggota puak bersama dengan anjing pemburu Congo mereka. Pengarah siri, Mark Risley, memiliki beberapa ekor basenji, dan anjing-anjingnya menyediakan suara rakaman untuk watak animasi masing-masing.
- Episod Pound Puppies, "The Pups Who Loved Me", mengisahkan watak basenji ejen rahsia dengan nama Bondo. Anjing ini dilukis dengan kemiripan sepatutnya, namun terlihat menyalak, yang bukan ciri baka ini.
- Basenji ditonjolkan dalam bahagian pertama The Apu Trilogy (India).
- Seekor basenji ialah salah satu protagonis utama dalam novel August Magic karya Veronica Anne Starbuck.
- Anubis, si anjing tidak menyalak, ialah seekor basenji yang ditonjolkan dalam filem-filem seram Soulmate dan Tales of Halloween.
- Yodels, Wails and Basenji Tails – buku tahun 1998 yang menonjolkan kompilasi kisah basenji.
- Kisah Tongdaeng karya Tuanku Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand menonjolkan salah seekor haiwan peliharaan baginda Tongdaeng, si basenji.[33]
- So Quiet on the Canine Front dan Trader Hound, filem singkat bagi siri Dogville Comedies, mengandungi anjing terlatih sebagai pelakon, dua ekor merupakan basenji.
- Seekor basenji dibawa di atas kepala Matthew Barney, dalam gambaran tentang dewa para orang mati Mesir, Anubis, dalam persembahan tahun 2007 beliau, Guardian of the Veil.[34]
Remove ads
Lihat juga
Catatan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
