Batman v Superman: Dawn of Justice

From Wikipedia, the free encyclopedia

Batman v Superman: Dawn of Justice
Remove ads

Batman v Superman: Dawn of Justice ialah sebuah filem superhero Amerika Syarikat tahun 2016 memaparkan karakter DC Comics, Batman dan Superman, diedarkan oleh Warner Bros. Pictures. Ia merupakan susulan kepada filem 2013, Man of Steel dan filem kedua dalam DC Extended Universe. Filem ini diarahkan oleh Zack Snyder dengan skrip ditulis oleh Chris Terrio dan David S. Goyer. Filem ini dibintangi Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Jesse Eisenberg, Diane Lane, Laurence Fishburne, Jeremy Irons, Holly Hunter dan Gal Gadot. Batman v Superman: Dawn of Justice merupakan filem aksi langsung pertama yang menampilkan kedua-dua Batman dan Superman serta filem teater pertama untuk menampilkan aksi langsung Wonder Woman, Aquaman dan Cyborg.

Fakta Segera Dawn of Justice, Pengarah ...

Filem ini diumumkan di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2013 selepas tayangan Man of Steel. Pra-produksi bermula di Kolej Los Angeles Timur pada bulan Oktober 2013 dengan fotografi utama bermula pada bulan Mei 2014 di Detroit, Michigan. Penggambaran tambahan mengambil tempat di Chicago, Illinois. Penggambaran selesai pada bulan Disember 2014. Batman v Superman: Dawn of Justice ditayangkan di Amerika Syarikat pada Mac 25, 2016 dalam format 2D, 3D dan IMAX 3D.

Remove ads

Pelakon

Tao Okamoto muncul sebagai Mercy Graves.[9] Ray Fisher, Jason Momoa dan Ezra Miller telah dipilih untuk watak Victor Stone / Cyborg, Arthur Curry / Aquaman dan Barry Allen / The Flash.[10][11][12][13][14] Harry Lennix, Christina Wren dan Michael Shannon menyambung watak mereka sebagai General Swanwick, Major Carrie Farris dan General Zod.[15][16][17] Jeffrey Dean Morgan dan Lauren Cohan melakonkan watak Thomas dan Martha Wayne.[18][19] Scoot McNairy, Callan Mulvey dan Jena Malone melakonkan watak yang tidak dinyatakan.[6][20][21][22] Senator Patrick Leahy juga membuat penampilan kameo.[23]

Remove ads

Produksi

Pembangunan

Pada bulan Jun 2013, Warner Bros. mengumumkan bahawa pengarah, Zack Snyder dan penulis skrip, David S. Goyer akan kembali untuk sekuel Man of Steel,[24] dengan studio itu mempertimbangkan tayangan pada tahun 2014 untuk filem itu.[25] Pada bulan berikutnya, Snyder mengesahkan di Comic-Con Antarabangsa San Diego bahawa sekuel kepada Man of Steel dijadual ditayangkan pad tahun 2015 dan akan memaparkan perjumpaan Superman dan Batman buta kali pertama dalam format sinema. Goyer dan Snyder akan menulis bersama cerita dengan Goyer menulis skrip dan[3][26] Christopher Nolan terlibat sebagai penerbit eksekutif.[27] Batman v Superman merupakan penampilan pertama Wonder Woman dalam filem aksi langsung.[8] Pada bulan Disember 2013, Chris Terrio telah dilantik untuk menulis semula skrip kerana komitmen Goyer dalam projek lain. Nama rasmi filem Batman v Superman: Dawn of Justice didedahkan pada bulan Mei 2014.[28] Hans Zimmer akan kembali untuk mencipta skor filem,[29] Junkie XL juga akan berkolaborasi untuk skor dan mencipta tema untuk Batman.[30]

Pemilihan pelakon

Henry Cavill, Amy Adams, Diane Lane, Laurence Fishburne, Harry Lennix, Christina Wren dan Michael Shannon menyambung watak mereka dari Man of Steel.[15][16][17][31] Menyertai barisan pelakon adalah Ben Affleck sebagai Batman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth,[31] Ray Fisher sebagai Cyborg,[10] Jason Momoa sebagai Aquaman,[11][12] dan Tao Okamoto sebagai Mercy Graves.[9] Scoot McNairy, Callan Mulvey dan Jena Malone telah dipilih untuk watak yang tidak dinyatakan.[6][20][21][22]

Penggambaran

Pada bulan September 2013, Larry Fong menyertai krew sebagai ahli sinematografi selepas sebelum ini bekerja bersama Zack Snyder dalam 300, Watchmen dan Sucker Punch.[32] Penggambaran awal bermula pada Oktober 19, 2013 di Kolej Los Angeles Timur.[33] Fotografi utama melibatkan barisan pelakon utama filem bermula pada Mei 19, 2014 di Detroit, Michigan,[34] dengan babak memaparkan Gal Gadot sebagai Diana Prince difilemkan awal pada Mei 16.[35] Penggambaran tambahan bermula di Chicago, Illinois pada bulan November 2014.[36] Lokasi lain termasuk Michigan Motion Picture Studios, Eli and Edythe Broad Art Museum di Universiti Negeri Michigan, Yorkville, Illinois dan New Mexico.[37][38][39] Fotografi utama selesai pada bulan Disember 2014.[40]

Remove ads

Tayangan

Batman v Superman: Dawn of Justice dijadual ditayangkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom pada Mac 25, 2016 dalam format 3D.[41][42] Pada bulan Januari 2014, Warner Bros. mengumumkan bahawa filem ini dilewatkan dari tarikh tayangan asal pada Julai 17, 2015 kepada Mei 6, 2016.[43] Tarikh tayangan dipindahkan sekali lagi pada bulan Ogos 2014 dari Mei 6, 2016 kepada Mac 25, 2016.[42] Di Licensing International Expo 2015, Warner Bros. Consumer Products mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Mattel, Lego, Rubies, Thinkway Toys, Junkfood, Bioworld dan Converse untuk menjual barangan yang berkaitan dengan filem.[44]

Masa hadapan

Batman v Superman: Dawn of Justice akan mempercepatkan filem alam semesta bersama menampilkan watak-watak DC Comics.[12] Warner Bros. sebelum ini telah merancang sebuah filem Justice League pada tahun 2008 dengan George Miller sebagai pengarah tetapi ia dibatalkan dan studio itu mengambil keputusan untuk membuat semula Man of Steel. Tidak lama selepas penggambaran Man of Steel berakhir pada bulan Jun 2012, Warner Bros. melantik Will Beall untuk menulis skrip baru filem Justice League.[45] Beall digantikan oleh Goyer selepas tayangan Man of Steel[24] dan pada bulan April 2014, ia telah diumumkan bahawa Zack Snyder akan menyusul selepas Dawn of Justice sebagai pengarah Justice League dijadual ditayangkan pada tahun 2017.[46] Chris Terrio menggantikan Goyer sebagai penulis skrip.[47] Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Jason Momoa dan Ray Fisher dijangka akan menyambung peranan mereka.[48] Pada bulan Oktober 2014, ia telah diumumkan bahawa Justice League akan menjadi filem dua bahagian dengan Snyder mengarah kedua-dua bahagian. Filem kedua dijadual ditayangkan pada tahun 2019.[49]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads