Batu nautika
unit jarak (1852 m) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Batu nautika ialah suatu unit ukuran yang ditakrifkan sebagai 1,852 meter (6,076.1 kaki; 1.1508 batu). Ia dahulunya ditakrifkan sebagai satu minit latitud yang bersamaan dengan satu perenam puluh (1/60) satu darjah latitud. Ia kini merupakan unit bukan SI "yang boleh diterima pakai bersama SI",[1] untuk tujuannya yang berterusan dalam navigasi udara dan laut[2] serta untuk pentakrifan perairan wilayah.[3]
Satu persepuluh batu nautika ialah jarak kabel.[4]
Unit terbitan kelajuan daripada unit ini ialah knot yang ditakrifkan sebagai batu nautika per jam.
Remove ads
Simbol unit
Unit ini tiada simbol yang dipersetujui ramai.[1] Antara singkatan yang diguna pakai untuk unit ini adalah:
- M, oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa[5] dan Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa.[1]
- NM, digunakan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.[6]
- nm (simbol Sistem Unit Antarabangsa mewakili nanometer), digunakan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara Amerika Syarikat.[7]
- nmi, digunakan Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik[8] dan Pejabat Penerbitan Pemerintah Amerika Syarikat (United States Government Publishing Office).[9]
Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa mengiktiraf penggunaan singkatan lain selain M yang digunakan biro tersebut secara rasminya.[1]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads