Knot

From Wikipedia, the free encyclopedia

Knot
Remove ads

Knot (/nɒt/) adalah satu unit halaju yang bersamaan dengan satu batu nautika sejam, tepatnya 1.852 km/j (kira-kira 1.15078 mph).[1] Simbol standard ISO untuk knot adalah kn.[2] Simbol sama yang lebih disukai oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE); kt yang mana juga menjadi kebiasaan, terutamanya dalam bidang penerbangan di mana ia dicadangkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.[3] Knot merupakan unit bukan-SI.[4] Dalam bidang-bidang meteorologi, navigasi maritim dan udara contohnya, sebuah kapal yang berlayar pada halaju 1 knot di garis meridian difahamkan seluruh dunia kira-kira satu minit pada latitud geografi dalam masa sejam.

Fakta Segera Sistem unit, Unit bagi ...

Unit ini datang daripada penggunaan sejenis alat nautika iaitu chip log terdiri dari suatu kayu atau bahan apungan yang dibaling ke laut, bilangan simpulan (knot dalam bahasa Inggeris) tali diikat pada bahan ini yang ditarik keluar dari kapal dikira bersama tempoh diukur pada jam (terutamanya jam pasir) untuk mendapatkan kelajuan kapal yang berlayar.[5][6]

Remove ads

Definisi

1 knot antarabangsa =
1 batu nautika per jam (mengikut definisi),
1.852 kilometer per jam (dengan tepat),[4]
0.51444 metres per saat (anggaran),
1.15078 miles per jam (anggaran),
20.25372 inches per saat (anggaran)
1.68781 feet per saat (anggaran).

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads