Beguk

From Wikipedia, the free encyclopedia

Beguk
Remove ads

Beguk dan wabak parotitis merupakan penyakit disebabkan virus bagi manusia, disebabkan oleh virus beguk (RNA Paramyxovirus). Sebelum pembangunan vaksin dan pengenalan vaksin beguk, ia merupakan penyakit kanak-kanak yang biasa berlaku di seluruh dunia, dan masih merupakan ancaman kesihatan di dunia ketiga.[1]

Fakta Segera ICD-10, ICD-9 ...

Bengkak pada kelenjar liur (secara klasik dikenali sebagai kelenjar parotid) merupakan ciri penonjolan biasa.[2] Bengkak yang menyakitkan pada bahagian kerandut zakar (orchitis) dan rash juga mungkin berlaku. Simptom ini biasanya tidak teruk pada kanak-kanak. Bagi remaja dan orang dewasa, komplikasi seperti mandul atau separa mandul adalah lebih biasa, sungguhpun masih jarang dari segi bilangan mutlak.[3][4][5] Penyakit ini biasanya terhad, mereka yang sakit sembuh sendiri, tanpa rawatan khusus selain mengawal simptom dengan ubat penahan sakit.

Remove ads

Simptom

Thumb
Perbandingan seseorang sebelum dan selepas mendapat beguk

Simptom beguk yang lebih biasa adalah:

  • Radang Parotid inflammation (atau parotitis) dalam 60–70% jangkitan dan 95% pesakit ada menunjukkan simptom.[2] Parotitis menyebabkan bengkak dan sakit setempat, terutama apabila mengunyah. Ia boleh berlaku pada satu sisi (unilateral) tetapi lebih biasa berlaku dalam 90% kes pada kedua-dua sisi (bilateral).[6]
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Orchitis, merujuk kepada keradangan menyakitkan pada buah zakar.[7] Lelaki melepasi matang yang mengidap beguk mempunyai 30 peratus risiko orchitis.[8]

Simptom lain beguk termasuk mulut kering, muka dan/atau telinga perit dan kadang kala dalam kes lebih serius, kehilangan suara. Tambahan lagi, sehingga 20% orang yang dijangkiti dengan virus beguk tidak menunjukkan apa-apa simptom, dengan itu mampu dijangkiti dan menyebarkan virus tersebut tanpa disedari.[9]

Waktu terdedah sehingga timbul gejala penyakit ialah dari 14 sehingga 25 hari. Tempoh pengasingan yang disarankan selama 9 hari setelah bengkak timbul.

Pencegahannya ialah melalui imunisasi (MMR) pada usia 12 bulan dan 4 tahun.

Remove ads

Prodrom

Demam dan sakit kepala merupakan simptom prodromal bagi beguk, bersama dengan dedar dan anoreksia.

Tanda dan ujian

Pemeriksaan fizikal mampu mengesahkan kehadiran kelenjar yang bengkak. Biasanya penyakit di diagnoses berdasarkan klinikal dan pengesahan ujian makmal tidak diperlukan. Jika terdapat kesangsian mengenai diagnosis, ujian air liur, atau serologi darah mungkin dilakukan; pengesahan diagnostik terbaru, menggunakan teknologi tindak balas jaringan polymerase masa benar ("real-time nested polymerase chain reaction - PCR"), juga telah dibangunkan.[10] An estimated 20%-30% of cases are asymptomatic.[11] Sebagaimana dengan sebarang keradangan kelenjar liur, serum amylase sering kali meningkat.[12][13]

Penyebaran

Beguk merupakan penyakit berjangkit yang merebak antara orang kepada orang melalui hubungan dengan lendir pernafasan seperti dari air liur orang yang dijangkiti. Apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin, titisan menjadi semburan dan mampu memasuki mata, hidung, atau mulut orang lain. Beguk juga boleh tersebar melalui perkongsian makanan, minuman, dan bercium. Virus ini juga mampu hidup pada permukaan dan tersebar selepas hubungan dalam cara yang sama.

Mereka yang dijangkiti beguk mudah menjangkiti sejak sekitar 6 hari sebelum timbul simptom sehingga 9 hari selepas simptom bermula.[14][15] tempoh pengeraman (masa sehingga simptom timbul) boleh dari 14–25 hari tetapi biasanya 16–18 hari.[16]

Remove ads

Rawatan

Tidak terdapat rawatan khusus bagi beguk. Simptom mungkin diringankan melalui penggunaan air batu atau haba sekali sekala kepada bahagian tengkuk yang terkena dan penggambilan acetaminophen/paracetamol (Tylenol) bagi meringan kesakitan. Aspirin tidak digunakan kerana kaitan hipothetikal dengan sindrom Reye. Berkumur dengan air garam suam, makanan lembut, dan pengambilan lebih cecair boleh membantu mengurangkan simptom.

Pesakit dinasihat untuk mengelakkan air buah atau sebarang makanan berasid, kerana ini akan merangsangkan kelenjar liur, yang boleh menyakitkan.

Remove ads

Prognosis

Amat jarang berlaku kematian. Penyakit ini biasanya terhad, dan kebanyakannya berakhir dengan baik, sungguhpun jika organ lain terbabit.

Komplikasi beguk yang diketahui termasuk:

  • Jangkitan sistem organ lain
  • Jangkitan virus beguk pada lelaki remaja dan dewasa membawa sehingga 30% risiko bahawa zakar mungkin dijangkiti (orchitis atau epididymitis), yang boleh menjadikannya amat sakit; sekitar separuh daripada jangkitan ini mengakibatkan testicular atrophy,dan dalam sebilangan kecil kes kemandulan mungkin berlaku.[17]
  • Keguguran sepontan dalam 27% kes bagi trimester pertama kehamilan.[17]
  • Bentuk serdahana meningitis dalam sehingga 10% kes[17] (40% kes berlaku tanpa bengkak parotid)
  • Oophoritis (keradangan ovari) bagi sekitar 5% remaja dan wanita dewasa,[17] tetapi kesuburan jarang terjejas.
  • Pancreatitis dalam sekitar 4% kes, menonjol sebagai sakit bahagian perut dan muntah-muntah
  • Encephalitis (amat jarang, dan membawa maut dalam 1% kes apabila berlaku)[17]
  • Menonjol (91 dB atau lebih) tetapi kehilangan pendengaran rare sensorineural, sebelah atau kedua belah. Pekak kedua belah akut berlaku sekitar 0.005% kes.[17]

Selepas mengidapnya, kekebalan seumur hidup kepada begun biasanya berlaku; jangkitan semula boleh berlaku tetapi biasanya serdahana dan tidak biasa.[17]

Remove ads

Mengelak

Kaedah mengelak paling biasa terhadap beguk adalah imunisasi dengan vaksin beguk. Vaksin boleh diberikan berasingan atau sebagai sebahagian dari vaksin MMR yang turut melindungi dari penyakit measles dan rubela. Di Amerika Syarikat, MMR kini telah digantikan dengan vaksin MMRV, yang turut memberi perlindungan tambahan terhadap penyakit cacar. The WHO (World Health Organization) mencadangkan penggunaan vaksin beguk di semua negara dengan program vaksin kanak-kanak yang berfungsi dengan baik. Di United Kingdom ia biasanya diberikan kepada kanak-kanak pada usia 15 bulan. Akademi Amerika Kanak-kanak ("American Academy of Pediatrics") mencadangkan pemberian routin vaksin MMR pada usia 12–15 bulan dan pada 4–6 tahun.[18] Di sesetengah lokasi, vaksin diberikan sekali lagi pada usia 4 hingga 6 tahun, atau antara 11 dan 12 tahun jika tidak diberikan sebelumnya. Keberkesanan vaksin bergantung kepada jenis strain vaksin, tetapi biasanya sekitar 80%.[19],[20] Strain Jeryl Lynn adalah paling biasa digunakan di negara maju tetapi terbukti kurang berkesan dalam keadaan wabak. Strain Leningrad-Zagreb biasanya digunakan di negara membangun kelihatannya lebih berkesan dalam keadaan wabak.[21]

Akibat berlaku jangkitan dalam persekitaran kolej dan universiti, banyak kerajaan menubuhkan program vaksin bagi menghalang jangkitan besar-besaran. Di Kanada, kerajaan wilayah dan Agensi Kesihatan Awam Kanada telah menyertai kempen kesedaran bagi menggalakkan pelajar dari grade 1 hingga kolej dan universiti untuk mendapatkan vaksin.[22]

Sesetengah anti vaksin membantah pemberian vaksin bagi beguk, mendakwa bahawa strain vaksin dilemahkan adalah merbahaya, dan/atau penyakit liar membawa kebaikan. Tidak terdapat bukti bahawa penyakit liar adalah baik, atau vaksin MMR adalah merbahaya. Dakwaan telah dibuat bahawa vaksin MMR dikaitkan dengan autism dan penyakit radang usus ("inflammotory bowel disease"), termasuk satu kajian oleh Andrew Wakefield yang menunjukkan kaitan antara penyakit perut, autism dan vaksin MMR. Bagaimanapun, semua kajian lanjut pada masa itu menunjukkan tiada kaitan antara vaksin MMR dan autism atau penyakit usus. Lebih lanjut lagi, hanya ada sedikit bukti yang mencadangkan autism berkait dengan penyakit usus besar, sungguhpun beberapa kajian ada menunjukkan kaitan lemah antara kedua penyakit. Oleh kerana bahaya penyakit diketahui dengan baik, sementara bahaya vaksin adalah minima, kebanyakan doktor mencadangkan pengambilan vaksin.

Tidak bersetuju, WHO, Akademi Amerika bagi Kanak-kanak ("American Academy of Pediatrics"), Advisory Committee on Immunization Practices of the Centers for Disease Control and Prevention, American Academy of Family Physicians, Persatuan Perubatan British ("British Medical Association") dan Royal Pharmaceutical Society of Great Britain pada masa kini mencadangkan pemberian vaksin secara routin kepada kanak-kanak terhadap beguk. Persatuan Perubatan British dan Royal Pharmaceutical Society of Great Britain sebelumnya mensyorkan menolak pemberian vaksin beguk awam, mengubah syor tersebut pada tahun 1987. Pada 1988 ia merupakan polisi kerajaan United Kingdom bagi memperkenalkan program vaksin baguk kanak-kanak secara besar-besaran menggunakan vaksin MMR, dan kini vaksin MMR diberikan secara berterusan di UK.[perlu rujukan]

Sebelum pengenalan vaksin beguk, virus beguk merupakan punca utama meningoencephalitis virus di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, encephalitis jarang berlaku (kurang dari 2 setiap 100,000).[23] Dalam satu kajian terbesar yang diterbitkan, kebanyakan simptom meningoencephalitis beguk didapati sebagai demam (97%), muntah-muntah (94%) dan sakit kepala (88.8%).[24] Vaksin beguk diperkenalkan di Amerika Syarikat pada Disember 1967: sejak pengenalannya terdapat pengurangan berterusan dalam kejadian beguk dan jangkitan virus beguk. Terdapat 151,209 kes beguk dilaporkan pada tahun 1968. Sejak 2001, purata kes hanyalah 265 setiap tahun, tanpa mengambil kira >6000 kes wabak pada tahun 2006 disandarkan kebanyakkannya kepada jangkitan universiti dikalangan pemuda-pemudi.[25][26]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads