Benjamin Pavard

pemain bola sepak From Wikipedia, the free encyclopedia

Benjamin Pavard
Remove ads

Benjamin Jacques Marcel Pavard (Sebutan bahasa Perancis: [bɛ̃ʒamɛ̃ pavaʁ]; lahir 28 Mac 1996) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Inter Milan dan pasukan kebangsaan Perancis. Walaupun biasanya diletakkan di posisi bek tengah, beliau juga boleh beraksi di posisi bek kanan.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...

Beliau memulakan kerjayanya di Lille yang beraksi di Ligue 1 sebelum berpindah ke VfB Stuttgart pada tahun 2016 apabila beliau memenangi 2. Bundesliga pada musim pertamanya di sana. Pada Januari 2019, beliau bersetuju untuk berpindah ke Bayern Munich selepas Stuttgart berdepan penyingkiran dari Bundesliga pada penghujung musim.

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis pada tahun 2017 dan memenangi trofi Piala Dunia pada tahun 2018.

Remove ads

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Pavard telah dilahirkan di Maubeuge, Nord berhampiran dengan sempadan Belgium. Pavard memulakan kerjayanya dengan beraksi untuk kelab halamannya di Jeumont. Bekan pemain antarabangsa Perancis, Jean-Pierre Papin juga memulakan kerjayanya di sana.[4]

Pavard menyertai kelab akademi Lille semasa berusia sembilan tahun.[5] Beliau telah melakukan penampilan sulungna di Ligue 1 pada 31 Januari 2015 ketika menentan Nantes yang berkesudahan seri 1-1.[6] Pavard seterusnya tampil dalam 21 perlawanan liga sepanjang dua musimnya bersama Lille sebelum beliau meninggalkan kelab itu pada tahun 2016.

Stuttgart

Thumb
Pavard bersama Stuttgart pada September 2016.

Pada 30 Ogos 2016, Pavard berpindah ke kelab Jerman, VfB Stuttgart dengan menandatangani kontrak selama empat tahun.[7] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam 2. Bundesliga pada 3 Oktober sambil menjaringkan gol semasa menentang Greuther Fürth.[8][9] Beliau beraksi dalam 21 perlawanan dan membantu pasukannya muncul sebagai juara liga pada musim itu.[10]

Pavard melakukan penampilan sulungnya di Bundesliga pada 19 Ogos dalam aksi tewas menentang Hertha Berlin 2-0.[11] Beliau menyumbat gol pertamanya di Bundesliga pada 29 Oktober dalam aksi kemenangan menewaskan Freiburg 3-0 di Mercedes-Benz Arena.[12] Beliau melanjutkan kontraknya bersama Stuttgart pada 20 Disember 2017 sekali gus memastikan beliau bersama kelab itu sehingga 30 Jun 2021.[13]

Beliau merupakan salah seorang daripada hanya empat orang pemain yang tampil dalam setiap minit permainan Bundesliga pada musim 2017–18.[14] Beliau juga beraksi di beberapa posisi terutamanya posisi bek kanan, bek tengah, pemain tengah bertahan dan juga sayap kanan. Namun selepas pelantikan Tayfun Korkut sebagai pengurus baru pada Januari 2018, beliau hanya beraksi di posisi bek tengah dan pasukannya dibolosi 10 gol dalam 14 perlawanan terakhir. Rekod ini menjadikan Stuttgart yang dulu berada dari hampir zon penyingkiran kini menghuni tangga ketujuh liga serta hanya satu tangga lagi untuk menempah tiket ke kejohanan Liga Europa.

Dalam musim 2018–19, Pavard sekali lagi menjadi pemain utama Stuttgart yang berjuang untuk keluar daripada zon penyingkiran sepanjang musim. Mereka disahkan tersingkir selepas kecundang kepada Union Berlin dalam aksi play-off.[15]

Bayern Munich

Pada 9 Januari 2019, Bayern Munich mengesahkan bahawa Pavard akan menyertai kelab itu untuk menghadapi musim 2019–20. Pavard telah menandatangani kontrak selama lima tahun yang menetapkan beliau di Bayern sehingga 30 Jun 2024.[16]

Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam aksi DFL-Supercup 2019 menentang Borussia Dortmund selepas menggantikan Thiago Alcântara pada minit ke-80 dan perlawanan itu menyaksikan Dortmund menang 2-0.[17] Pada 31 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern bagi menyamakan kedudukan perlawanan sebelum pasukannya menang besar 6-1 ke atas Mainz.[18]

Remove ads

Kerjaya antarabangsa

Pada 6 November 2017, Pavard dipilih oleh ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Wales dan Jerman.[19] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis ketika menentang Wales pada 10 November selepas menggantikan Christophe Jallet pada separuh masa. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 2-0 berpihak kepada Perancis.[20]

Pada 17 Mei 2018, beliau telah dipanggil untuk menjadi anggota skuad Perancis yang akan beraksi di Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[21] Pada 16 Jun, Pavard melakukan penampilan pertamanya di pentas Piala Dunia ketika menentang Australia dan Perancis menang 2-1.[22] Pada 30 Jun, Pavard menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama dengan jaringan dari luar kotak penalti ketika menewaskan Argentina pada pusingan 16 terakhir.[23] Jaringan beliau kemudiannya diundi sebagai jaringan terbaik kejohanan[24] dan dinobatkan sebagai jaringan terbaik tahunan.[25] Beliau juga menjadi pemain pertahanan Perancis pertama yang menjaringkan gol di Piala Dunia semenjak Lilian Thuram yang menjaringkan gol ketika menentang Croatia pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018.[26] Pavard akhirnya memenangi Piala Dunia dengan beraksi sebagai kesebelasan utama Perancis dalam setiap perlawanan kecuali pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan iaitu ketika menentang Denmark.[27]

Remove ads

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 17 Mei 2020[28]
Maklumat lanjut Kelab, Musim ...

Antarabangsa

Sehingga 16 November 2019[29]
Maklumat lanjut Pasukan kebangsaan Perancis, Tahun ...

Gol antarabangsa

Maklumat lanjut #, Tarikh ...

Pencapaian

Kelab

Stuttgart

  • 2. Bundesliga: 2016–17[30]

Antarabangsa

Perancis

Individu

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads