Pasukan bola sepak kebangsaan Croatia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pasukan bola sepak kebangsaan Croatia di tubuhkan pada tahun 1907, Pasukan kebangsaan Croatia (walaupun masih di dalam jajahan Yugoslavia) telah ditubuhkan untuk menentang pasukan kelab yang berasal dalam wilayah Croatia. Pada 1918-1919, Croatia juga ada bermain dalam perlawanan persahabatan secara tidak rasmi sebelum senyap untuk seketika dan wujud kembali pada sekitar pada tahun 1940-an.
Remove ads
Sejarah
Bola Sepak dan Perpecahan Negara: Croatia
Pada 1939, Croatia mendapat kebebasan untuk menubuhkan negara sendiri (walaupun masih dibawah jajahan Yugoslavia). Maka, dari tahun 1939-1941, mereka menamakan negara mereka sebagai Banovina of Croatia.[3]
Sepanjang 2 tahun itu, mereka menubuhkan pasukan bola sepak mereka dan bermain untuk 4 perlawanan persahabatan, tetapi tidak diiktiraf oleh FIFA.
Pada 1941, wilayah Croatia telah jatuh ke tangan Nazi dan Croatia telah menjadi puppet state untuk Nazi. Croatia telah menukar nama negara mereka kepada Independent State of Croatia.
Sepanjang berada dalam jajahan Nazi (Jerman), Croatia telah bermain untuk 15 perlawanan persahabatan. Berbeza dengan semasa bermain untuk Banovina of Croatia, pasukan kebangsaan kali ini diiktiraf oleh FIFA dan semua pemain yang pernah bermain untuk Croatia dalam Independent State of Croatia telah mendapat caps mewakili Croatia.
Pada tahun 1945, Independent State of Croatia telah kembali jatuh ke dalam jajahan Yugoslavia dan sekali lagi pemain Croatia terpaksa bermain untuk pasukan kebangsaan Yugoslavia dari tahun 1945 sehingga 1990. Tapi dalam tempoh tersebut, pasukan Croatia ada juga bermain untuk perlawanan bola sepak secara tidak rasmi (kira macam Kosovo, Catalan dan Basque la).
Sekita 1950-1956, pasukan Croatia ini aktif sebagai pasukan tidak rasmi dan bermain beberapa perlawanan persahabatan menentang Indonesia dan pasukan Yugoslavia sendiri yang pada masa itu menggunakan nama "Serbia".
Sebelum mendapat kemerdekaan pada 8 Oktober 1991, Croatia sudah pun mewujudkan pasukan kebangsaan mereka (ni kira macam tanda protes nak mintak merdeka la) kerana kebanyakan penduduk etnik Croatia tidak mahu lagi bermain untuk Yugoslavia dan Croatia ketika itu sedang kuat meminta kemerdekaan dari Yugoslavia.
Pada masa itu, Pasukan Kebangsaan Amerika sedang membuat tour untuk beberapa perlawanan di Eropah. Jutawan Croatia, Jure Klaric, telah membayar pasukan Amerika $90,000 supaya Amerika setuju untuk bermain dengan Croatia di Zagreb.
Perlawanan persahabatan antara Croatia menentang Amerika telah berlangsung 17 Oktober 1990. Ironinya, perlawanan tersebut diadakan pada hari yang sama dengan perlawanan akhir 1990 European Under-21 iaitu Yugoslavia menentang USSR (Russia).
Pasukan Yugoslavia under-21 ketika itu juga diwakili oleh beberapa pemain muda berbangsa Croatia iaitu Zvonimir Boban, Davor Suker, Robert Jarni, Igor Stimac, Alen Boksic dan Robert Prosinecki. Kalau korang layan World Cup 1998, mesti korang perasan nama-nama tersebut mewakili Croatia pada masa itu.
Semua pemain di atas akhirnya meninggalkan pasukan Yugoslavia bawah-21 dan bermain untuk Croatia. Perlawanan diadakan di Stadium Maksimir (stadium rasmi Croatia sehingga ke hari ini). Seramai 30,000 orang datang menonton perlawanan tersebut dan Croatia menang 2-1. Yugoslavia Under 21 pula kalah ditangan USSR.
Perlawanan ini juga menjadi debut buat jersi kotak-kotak Croatia yang dicipta oleh Miroslav Sutej, orang yang sama mencipta bendera Croatia dan duit kertas rasmi Croatia, Croatia Kuna.
Selepas Croatia merdeka, mereka pun mendaftarkan Persatuan Bola Sepak Croatia pada tahun 1993 dan menewaskan Switzerland dalam perlawanan kompetitif mereka semasa kelayakan Piala Eropah UEFA 1996.
Remove ads
Rekod Kejohanan
Rekod Piala Dunia
Piala Eropah UEFA
Kejohanan kecil
Remove ads
Pemain
Skuad terkini
Pemain berikut telah dipanggil untuk UEFA Euro 2024.[4]
Remove ads
Nota
Rujukan
Pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads