Beri biru

From Wikipedia, the free encyclopedia

Beri biru
Remove ads

Beri biru (Tulisan Jawi: بيري بيرو) (Vaccinium corymbosum) ialah sejenis tumbuhan berbunga saka dengan beri berwarna nila. Tumbuhan ini dikelaskan dalam bahagian Cyanococcus genus Vaccinium. Vaccinium juga termasuk kranberi, bilberi dan grouseberry.[1]

Fakta Segera Beri biru بيري بيرو, Pengelasan saintifik ...

Pokok beri ini bercirikan renek rendah yang boleh mencecah dari setinggi 10 sentimeter (3.9 in) hingga ke 4 meter (13 kaki). Dalam konteks pengeluaran beri biru secara komersil, spesies yang bersaiz kecil dikenali sebagai lowbush blueberry ("beri biru semak rendah" atau " ~ liar"), manakala spesies yang bersaiz lebih besar dikenali sebagai highbush blueberry ("beri biru semak tinggi"). Beri biru yang ditanam secara komersilnya tumbuh asli di Amerika Utara, dengan beri jenis "highbush" belum lagi diperkenalkan ke Eropah sehingga tahun 1930-an.

Daunnya (sama ada ia bersifat luruh atau malar hijau) berbentuk bujur atau seakan pisau, serta berukuran sepanjang 1–8 cm (0.39–3.15 in) dan selebar 0.5–3.5 cm (0.20–1.38 in). Bunganya berbentuk loceng berwarna putih, merah jambu pucat atau merah yang kadangkalanya kehijauan sedikit. Buah yang dihasilkan bercirikan beri dengan diameter antara 5–16 milimeter (0.20–0.63 in), dengan hujungnya berbentuk mahkota. Buah beri ini pada mulanya kehijauan pucat, kemudiannya merah keunguan dan akhirnya ungu gelap apabila masak. Buah ini juga dilitupi lilin epikutikular seakan serbuk apabila disentuh,[2] ia mempunyai rasa manis apabila ia masak dengan rasa kemasaman yang berbeza. Pokok beri ini biasanya berbuah pada pertengahan musim tumbuhnya bergantung kepada persekitarannya seperti kentinggian dan latitud. Oleh itu, musim berbuahnya memuncak dari seawal Mei hingga Ogos di Hemisfera Utara.

Remove ads

Pengeluaran

Maklumat lanjut Pengeluaran biru – tahun 2014, Negara ...

Pada tahun 2014, pengeluaran dunia beri biru dunia (kedua-dua jenis lowbush dan highbush) dikira sebanyak 525,620 tan metrik, didahului oleh Amerika Syarikat dengan 50% dari jumlah pengeluaran kesuluruhannya dan Kanada dengan 35%.

Remove ads

Kegunaan

Fakta Segera Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz), Tenaga ...

Beri biru dijual segar atau diproses dalam bentuk beku, puri, jus, kering atau dipekatkan. Beri yang diproses ini mungkin akan digunakan dalam pelbagai produk seperti jem, puri, pai, mufin, makanan ringan, atau sebagai tambahan kepada bijirin sarapan.

Nutrisi

Beri biru terdiri dari 14% karbohidrat, 0.7% protein, 0.3% lemak dan 84% air (meja). Ia hanya mengandungi jumlah mikronutrien yang diabaikan, dengan zat galian seperti mangan, vitamin C, Vitamin K dan serat (meja) yang penting pada tahap sederhana.[4] Umumnya, kandungan nutrien beri biru mempunyai peratusan zat harian (meja) yang rendah. Satu hidangan menyediakan agak rendah nilai kalori yang agak rendah sebanyak 57 kcal per 100 g hidangan dan muatan glisemik bernilai 6 daripada 100 sehari.

Remove ads

Rujukan

Bacaan lanjut

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads