Bermuda
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bermuda ialah Wilayah Luar Negeri British terletak di utara Lautan Atlantik. Wilayah ini terdiri daripada 138 pulau dengan keluasan sejumlah 58.8 km persegi,[4] pulau terbesar ia bernama Main Island ("Pulau Utama") yang menempatkan ibu kota wilayah ini, Hamilton.
Wilayah ini merupakan wliayah tanggungan British paling banyak penduduk dengan sebanyak 71,176 orang dikira setakat tahun 2018.[2] Ia diperintah sendiri dengan perlembagaan khusus serta kabinet dilantik Parlimen sendiri; Kerajaan United Kingdom dipertanggungjawabkan atas ehwa pertahanan dan perhubungan antarabangsa dengan negara-negara yang berjiranan. Eknomi wilayah ini sangat bergantung kepada industri insurans luar pesisir dan pelancongan;[5][6] malah ia pernah mempunyai antara keluaran dalam negara kasar per kapita tertinggi di dunia sepanjang awal abad ke-20.[7]
Remove ads
Sejarah
Kawasan Bermuda tidak pernah dihuni mana-mana manusia dan kosong sepi sebelum ini. Ia pertama kali ditemui Juan de Bermúdez, seorang pengemudi Sepanyol yang tersempak dalam perjalanannya selepas mendapatkan bekalan dari Hispaniola tahun 1505.[2][8] Secara bandingannya, Melaka telah mencapai puncak kemasyhuran dan Portugis baru datang ke Melaka. Antara catatan yang menunjukkan pengetahuan terawal mengenai tempat ini mula didapati dalam sandiwara The Tempest nukilan William Shakespeare yang mengeja ia Bermoothes.[9]
Remove ads
Geografi
Geologi
Bermuda terdiri daripada segugusan gunung berapi berdekatan Laut Sargasso di kawasan Atlantik. Titik daratan bear yang terdekat ialah Cape Hatteras[10] di Carolina Utara, Amerika Syarikat sejauh 578 batu nautika (1,070 km; 665 bt) arah barat laut.[2][11] Puncak tertinggi ia ialah Town Hill di pulau terbesar ia, Main Island atau Bermuda dengan ketinggian sebanyak 79 meter (260 kaki).[2][12]
Wilayah ini terdiri daripada 181 buah pulau[4] dengan keluasan sejumlah 53.3 kilometer persegi (20.6 batu persegi).[4] Pulau terbesar ia adalah Main Island atau Bermuda. Lapan pulau terbesar ia paling banyak berpenduduk dan dihubungkan oleh jambatan.[4] Pesisiran ia diukur sejarak 103 km (64 bt).[2]
Iklim dan suhu
Bermuda beriklim tropika (kelas Köppen: Af). Ia sangat menghampiri iklim subtropika lembap (Köppen: Cfa) namun persekitarannya dipenagruhi haba dibawa Gulf Stream serta latitud sekitar yang rendah. Ia boleh mengalami suhu yang lebih sejuk pada bulan-bulan pertama [berpurata 17 °C (63 °F)],[13] namun salji atau ibun langsung tidak dicatatkan pernah turun di kawasan wilayah ini.[14]
Remove ads
Ekonomi
Keistimewaan percukaian
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads