Bernie Sanders

ahli politik dari Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia

Bernie Sanders
Remove ads

Bernard "Bernie" Sanders (lahir 8 September 1941) ialah seorang ahli politik dan senator kanan Amerika Syarikat dari Vermont. Seorang ahli Parti Demokrat sejak tahun 2015,[1] beliau adalah ahli politik bebas yang berkhidmat paling lama dalam sejarah Kongres Amerika Syarikat. Sanders kini menjadi pengerusi Jawatankuasa Belanjawan Senat sejak Januari 2021. Beliau pernah mencalonkan diri sebagai Presiden Amerika Syarikat sebanyak dua kali sebagai calon Demokrat namun gagal pada 2016 serta 2020. Beliau ialah salah seorang daripada dua senator bebas di senat, bersama-sama Kyrsten Sinema dari Arizona dan Angus King dari Maine yang juga kaukus dengan Demokrat bersama Sanders.

Fakta Segera Senator Amerika Syarikat dari Vermont, Didahului oleh ...

Sanders lahir dan dibesarkan di Brooklyn, Bandar Raya New York. Beliau menamatkan pengajian dari Universiti Chicago pada tahun 1964. Sebagai ahli politik Bebas, beliau dilantik sebagai datuk bandar Burlington, Vermont pada tahun 1981. Beliau telah dipilih semula sebanyak tiga kali. Pada tahun 1990, beliau dilantik untuk mewakili daerah Vermont di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. Beliau berkhidmat sebagai ahli kongres selama 16 tahun sebelum dipilih ke dalam Senat Amerika Syarikat pada tahun 2006. Pada tahun 2012, beliau telah dipilih semula dengan margin yang besar. Sanders telah lama mengkritik dasar luar Amerika Syarikat dan merupakan pengkritik awal dan lantang terhadap Perang Iraq.

Remove ads

Awal hidup

Sanders dilahirkan di Brooklyn kepada Dorothy (née Glassberg) dan Eli Sanders.[2][3] Bapa beliau adalah keturunan imigran Yahudi dari Poland di mana keluarganya terbunuh dalam holokus[2][4] manakala ibu beliau dilahirkan di Bandar Raya New York kepada ibu-bapa pendatang Yahudi.[5][6]

Sanders menghadiri sekolah rendah P.S. 197 di mana beliau memenangi kejohanan negeri bersama pasukan bola keranjang, beliau ada meluangkan masa menghadiri sekolah Bahasa Ibrani pada waktu tengah hari. Beliau menyambut majlis bar mitzvahnya pada tahun 1954. Sanders menghadiri Sekolah Tinggi James Madison di mana beliau merupakan kapten pasukan trek.[7] Semasa di Madison, Sanders tewas pilihan raya pertama beliau, menduduki tempat terakhir daripada tiga calon untuk presiden badan pelajar.

Remove ads

Pendidikan tinggi dan alam dewasa

Ibu Sanders meninggal dunia pada bulan Jun 1959 ketika berumur 46 tahun tidak lama selepas Sanders menamatkan pembelajaran dari sekolah tinggi.[4]

Sanders belajar di Kolej Brooklyn untuk setahun pada tahun 1959–60[8] sebelum berpindah ke Universiti Chicago. Pada tahun 1964, Sanders menamatkan pengajian dari Universiti Chicago dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam sains politik.

Belia berkenalan dengan Deborah Shiling, mereka berkahwin tidak lama selepas itu dan cuba memulakan hidup baharu di Vermont; namun mereka bercerai pada tahun 1966. Untuk beberapa tahun berikutnya, beliau mengambil pelbagai kerja di New York dan Vermont.[9] Anak beliau, Levi Sanders, dilahirkan pada tahun 1969 kepada Susan Campbell Mott. Pada tahun 1988, Sanders mengahwini Jane O'Meara Driscoll, bekas presiden Kolej Burlington di Burlington, Vermont.[10] Bersamanya, beliau mempunyai tiga orang anak tiri.[11]

Remove ads

Karier awal politik

Kempen Kesatuan Kebebasan

Sanders memulakan karier politik beliau pada tahun 1971 sebagai ahli Parti Kesatuan Kebebasan. Beliau bertanding sebagai calon Parti Kesatuan Kebebasan untuk gabenor Vermont pada tahun 1972 dan 1976 dan sebagai calon untuk senator A.S. pada tahun 1972 dan 1974.[12] Dalam pilihan raya tahun 1974, Sanders menduduki tempat ketiga (5,901 undi; 4.1%) dibelakang pemenang, Patrick Leahy (D, VI; 70,629 undi; 49.4%) dan Dick Mallary (R; 66,223 undi; 46.3%).[13][14] Pada tahun 1979, Sanders meletak jawatan dari parti itu dan bekerja sebagai penulis dan pengarah untuk Persatuan Sejarah Orang Amerika (APHS).[15] Semasa bersama APHS, beliau membuat sebuah dokumentari 30-minit tentang pemimpin Sosialis Amerika Syarikat dan calon presiden, Eugene V. Debs.[16]

Datuk Bandar Burlington

Pada tahun 1981, Sanders bertanding untuk datuk bandar Burlington dan mengalahkan penyandang dari Parti Demokrat, Gordon Paquette.[17][18] Sanders dipilih semula sebanyak tiga kali, mengalahkan kedua-dua calon Demokrat dan Republikan. Beliau menerima 53% undi pada tahun 1983 dan 55% pada tahun 1985.[19] Dalam pilihan raya terakhirnya untuk datuk bandar pada tahun 1987, Sanders mengalahkan calon Demokrat, Paul Lafayette.[20] In 1987, U.S. News ranked Sanders as one of America's best mayors.[21] Selepas berkhidmat empat penggal, Sanders memilih untuk tidak bertanding semula pada tahun 1989.

Dewan Perwakilan A.S.

Pada tahun 1988, penyandang ahli kongres dari Parti Republikan, Jim Jeffords memutuskan untuk bertanding Senat AS, mengosongkan kerusi Dewan mewakili daerah Vermont. Leftenan Gabenor, Peter P. Smith menang pilihan raya Dewan, mendapat 41% undi. Sanders, yang bertanding sebagai calon bebas menduduki tempat kedua dengan 38% undi manakala calon Parti Demokrat, Paul N. Poirier menduduki tempat ketiga dengan 19% undi.[22] Dua tahun kemudian, Sanders bertanding sekali lagi untuk kerusi itu dan mengalahkan penyandang, Smith.

Sanders merupakan ahli bebas pertama untuk dilantik ke dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sejak pelantikan Frazier Reams untuk mewakili Ohio 40 tahun lebih awal.[23] Beliau berkhidmat sebagai seorang Perwakilan selama 16 tahun, memenangi pilihan raya dengan margin besar kecuali pada tahun 1994.[24]

Remove ads

Senat A.S.

Sanders memasuki pertandingan untuk Senat A.S. pada April 21, 2005 selepas Senator Jim Jeffords mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk penggal keempat. Chuck Schumer, Pengerusi Jawatankuasa Kempen senator Demokrat, menyokong Sanders, satu langkah yang kritikal kerana ia bermakna bahawa tiada calon Parti Demokrat yang bertanding menentang Sanders akan mengharap untuk menerima bantuan kewangan daripada parti. Sanders juga disokong oleh Ketua Minoriti Senat, Harry Reid dari Nevada dan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Demokrat dan bekas Gabenor Vermont, Howard Dean. Barack Obama yang merupakan seorang Senator pada masa itu juga berkempen untuk Sanders di Vermont pada bulan Mac 2006.[25]

Dalam kempen politik yang paling mahal dalam sejarah Vermont,[26] Sanders mengalahkan Rich Tarrant. Beliau dipilih semula pada tahun 2012 dengan 71% undi.[27]

Remove ads

Kempen pilihan raya presiden 2016

Thumb
Sanders berkempen di New Orleans, Louisiana pada bulan Julai 2015.

Sanders mengumumkan hasratnya untuk mendapatkan pencalonan Parti Demokrat untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada April 30, 2015 dalam satu ucapan di dataran Kapitol.[28][29][30] Kempen beliau secara rasmi dilancarkan pada Mei 26, 2015 di Burlington.[29]

Sanders menyatakan bahawa beliau tidak akan cuba mendapatkan pembiayaan melalui "Super PAC" sebaliknya memberi tumpuan kepada sumbangan kecil individu.[31] Kempen presiden Sanders mengumpul $1.5 juta dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman rasminya.[32] Selepas empat hari, kempen Sanders telah mengumpul $3 juta daripada penyumbang kecil dengan purata $43 setiap sumbangan.[33] Pada Julai 2, kempen ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul $15 juta daripada 250,000 penyumbang. Pada September 30, The New York Times melaporkan bahawa Sanders telah mengumpul $26 juta dalam tempoh tiga bulan; kempen ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai satu juta sumbangan individu, menjadi calon 2016 pertama untuk berbuat demikian.[34][35] Pada Disember 20, kempen Sanders mengumumkan bahawa ia telah mencapai 2.3 juta sumbangan, mengatasi rekod tahun 2011 Obama.[36] Pada akhir tahun, kempen ini telah mengumpul sebanyak $73 juta daripada lebih daripada satu juta orang yang membuat 2.5 juta sumbangan dengan purata sumbangan $27.16.[37]

Remove ads

Kempen pilihan raya Presiden 2020

Pada 19 Februari 2019, Sanders mengumumkan dalam siaran Vermont Public Radio bahawa beliau akan mendapatkan pencalonan Parti Demokrat untuk bertanding dalam pilihan raya presiden tahun 2020.[38] Beliau turut mengumumkan kempennya melalui suatu wawancara dalam rancangan CBS This Morning[39] serta melalui e-mel kepada para penyokongnya.[40]

Pada 8 April 2020, Sanders mengumumkan keputusan menggantung kempennya selepas mempertimbangkan situasi genting susulan wabak COVID-19 yang melanda A.S[41] Beliau menaruh sokongan kepada Joe Biden sebagai calon utama Parti Demokrat pada 13 April.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads