New Orleans

From Wikipedia, the free encyclopedia

New Orleansmap
Remove ads

New Orleans (/n ˈɔːrlɪnz, -ˈɔːrli.ənz, -ɔːrˈlnz/,[3][4] atau /ˈnɔːrlɪnz/; Perancis: La Nouvelle-Orléans [la nuvɛlɔʁleɑ̃]  ( dengar)) adalah sebuah pelabuhan utama Amerika Syarikat serta bandar dan kawasan metropolitan terbesar di negeri Louisiana. Jumlah penduduk bandar ini adalah 343,829 orang mengikut bancian A.S pada tahun 2010.[5][6] Kawasan Metropolitan New Orleans (Kawasan Statistikal Metropolitan New Orleans–Metairie–Kenner) mempunyai penduduk seramai 1,167,764 orang pada tahun 2010 iaitu kawasan ke-46 terbesar di Amerika Syarikat.[7] Kawasan Statistikal Disatukan New Orleans–Metairie–Bogalusa, sebuah kawasan perniagaan yang lebih besar, mempunyai penduduk seramai 1,452,502 orang pada tahun 2010.[8]

Fakta Segera Negara, Negeri ...

New Orleons terkenal dengan senibina senibina Perancis dan Creole Sepanyol yang menonjol, selain warisan silang-budaya dan bahasanya.[9] New Orleans juga terkenal dengan masakan, musik (khususnya sebagai tempat kelahiran jazz),[10][11] dan sambutan serta perayaan tahunannya, paling terkenal adalah Mardi Gras, yang bermula sejak zaman penjajahan Perancis. Kota ini sering dirujuk sebagai "paling unik"[12] di Amerika Syarikat.[13][14][15][16][17]

New Orleans terletak di tenggara Louisiana, dengan Sungai Mississippi melalui di tengah-tengahnya. Kota dan Parish Orleans (Perancis: paroisse d'Orléans) adalah sejajar.[18] Kota dan parish ini bersempadanan dengan St. Tammany di utara, St. Bernard di timur, Plaquemines di selatan, dan Jefferson di selatan dan barat.[18][19][20] Tasik Pontchartrain, yang mana merupakan sebahagian daripada had kota, terletak di utara dan Tasik Borgne terletak di timur.[20]

Sebelum dilanda Taufan Katrina, Parish Orleans merupakan parish paling ramai penduduk di Louisiana. Setakat tahun 2015,[21] ia menduduki tangga ke-3 dari jumlah penduduk, mengekori jirannya Parish Jefferson, dan Parish Baton Rouge Timur.[21]

Remove ads

Orang terkenal

Bandar berkembar

New Orleans mempunyai sepuluh bandar berkembar:[22]


Kerjasama dan berkembar

Nota

    Rujukan

    Bacaan lanjut

    Pautan luar

    Loading related searches...

    Wikiwand - on

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Remove ads