Beruas
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pokok beruas, manggis hutan, luli[1] atau nama saintifiknya Garcinia hombroniana[2] merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan-hutan pesisiran tanah besar Asia Tenggara termasuk di Malaysia, Kemboja, Thailand dan Vietnam.[3]
Remove ads
Botani
Pokok ini jenis pembuluh malar hijau yang boleh tumbuh setinggi 18 meter. Ia mempunyai dedaun bujur mudah yang berkulit tebal serta tersusun secara bertentangan, dedaun ini berdiamensi antara 6.5–15.5 sentimeter panjang dan 3.5–7.6 sm lebar.[4]
Bunga-bunga jantan dan betina ia berputik secara berasingan di mana pendebungaan dilakukan oleh serangga. Bunga ini mempunyai empat kelopak tampak berwarna merah jambu di bahagian luar dan kuning air pucat di dalam. Buahnya bulat berukuran 5 sm lebar dengan kulit pauh serat berwarna merah mawar apabila masak; ia mengeluarkan bau seperti epal[4] serta memberi rasa agak masam berbanding buah manggis.[5]
Remove ads
Galeri
- Pokok beruas.
- Buah beruas berjuntai di dahan.
- Buah beruas terkupas.
- Buah Beruas.
Hubungan dengan manusia
Akar dan daun ia dimanfaatkan dalam perubatan tradisional kerana dipercayai mampu melegakan gatal-gatal.[5]
Pokok ini memberi nama nama pekan Beruas yang berkaitan dengan Kerajaan Gangga Negara[6][7] dan Kerajaan Melayu Beruas dan dikisahkan di Muzium Beruas. Pusat kerajaan yang paling awal diketahui ini terletak di negeri Perak di kawasan meliputi Beruas dan Dinding (Manjung hari ini).
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads