Lipas

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lipas
Remove ads

Lipas, kecuak ataupun cecunguk merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea. Lipas kebiasannya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Famili ...
Thumb
Lipas - Blaberus giganteus.
Thumb
Lipas jenis lipas Jerman.
Thumb
Blatella germanica betina dengan ooteka (telurnya).
Thumb
Lipas yang berusia 40-50 juta tahun dalam ambar Baltic.
Thumb
Lipas belukar (Ellipsidion australe).

Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas, kira-kira 30 spesies dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dan kira-kira empat spesies terkenal sebagai serangga perosak.

Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar. Selain itu, ia dikatakan hidup lebih awal di muka bumi sebelum tamadun manusia bermula. Seterusnya, lipas juga dikatakan antara serangga yang sukar dihapuskan. Walaupun letupan atom terkena di muka bumi, ia masih mampu meneruskan kehidupannya.

Remove ads

Sejarah

Sesetengah tulisan terawal berkenaan cecunguk menggalakkan ia digunakan sebagai ubat. Pedanius Dioscorides (1st century), Kamal al-Din al-Damiri dan Abu Hanifa ad-Dainuri (abad ke-9) kesemuanya menawarkan ubat yang mencadangkan ia digiling dengan minyak atau direbus. Senarai penyakit termasuk sakit telinga, luka dan "masalah peranakan gynecological."[perlu rujukan]

Cecunguk turut menyumbang kepada industri pengawalan serangga perosak yang bernilai jutaan ringgit, namun masih gagal menghapuskan ia sepenuhnya.

Remove ads

Pelbagai

  • Terberat adalah 33.5 g Macropanesthia rhinoceros.[perlu rujukan]
  • Spesies terkecil adalah Attaphila fungicola, mencecah hanya 3 mm.

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads