Serangga

kelas artropod From Wikipedia, the free encyclopedia

Serangga
Remove ads

Serangga (Jawi: سرڠݢ) ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropoda. Spesies-spesies serangga mempunyai ciri utama kulit rangka di luar tubuh yang keras dan berkitin, badan dibahagikan kepada tiga iaitu kepala, toraks dan abdomen, tiga pasang kaki yang terdapat di bahagian tubuh toraks, biji-biji mata majmuk, dan sepasang sesungut. Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Subkelas dan kelas ...
Thumb

Serangga ialah kelompok haiwan paling berbagai-bagai termasuk lebih sejuta spesies dicatatkan dan mewakili lebih separuh organisma yang diketahui.[3][4] Jumlah spesies yang masih wujud dianggarkan sebanyak antara enam dan sepuluh juta;[3][5][6] lebih 90% haiwan di Bumi berpotensi daripada jenis serangga.[6][7]

Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.

Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.

Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung, 2,000 spesies mentadak, 20,000 spesies belalang, 170,000 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 spesies lalat, 82,000 spesies pianggang, 350,000 spesies kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.

Remove ads

Taksonomi

Nama kelas Insecta berasal daripada perkataan Latin: insectum, yang bermaksud "berbadan yang ditakukkan atau dibahagikan", atau "dipotong kepada" daripada partisipel pasif sempurna mufrad neuter insectare, "dipotong kepada, dipotong-potong", daripada in- "kepada" dan secare daripada seco "dipotong";[8][9] kerana badan serangga tampak "dipotong kepada" tiga bahagian.

Perkataan bahasa Latin tersebut diperkenalkan Plinius yang Tua yang menterjemahkan maksud perkataan ἔντομον éntomon "serangga" (dalam perkataan "entomologi") daripada ἔντομος éntomos "dibahagi-bahagikan" atau "dikerat-kerat";[10] éntomon merupakan istilah Aristoteles untuk kelas hidupan ini kerana badan serangga yang "bertakuk".[8]

Remove ads

Kaitan dengan arthropoda lain

Beberapa kumpulan kecil dengan pelan badan yang sama, seperti springtails (Collembola), disatukan dengan serangga dalam Subfilum Hexapod. Serangga sebenar (iaitu, spesies yang dikelaskan dalam kelas serangga) dibezakan dengan semua artropoda lain melalui sebahagiannya melalui ciri-ciri mempunyai ectognathous, bahagian mulut yang terdedah dan mempunyai sebelas (11) bahagian badan abdomen). Sebahagian besar spesies, mempunyai sayap ketika dewasa. Arthropod yang tidak terbang, seperti lipan, gonggok, kalajengking dan labah-labah, kadang-kala dikelirukan sebagai serangga berasaskan fakta bahawa kedua-duanya mempunyai bentuk badan yang serupa, berkongsi (sebagaimana kesemua artropoda) rangka luar yang bersambung-sambung.

Serangga mempunyai pelbagai saiz, daripada kurang satu milimeter sehingga kepada 19 sentimeter; misalnya (serangga ranting mempunyai saiz tubuh yang sangat panjang. Serangga memiliki badan bersegmen yang disokong oleh rangka luar yang keras yang sebahagian besarnya terbina daripada kitin. Tubuh terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Kepala memiliki beberapa deria, sepasang antena, sepasang mata kumpuan, dan alat-alat mulut, seperti labrum, labium dan maksila. Toraks memiliki enam kaki, (sepasang bagi setiap segmen) dan sayap (bagi jenis yang mempunyainya). Abdomen memiliki organ dalam tubuh yang meliputi pelbagai sistem hidup, seperti penghadaman, pembiakan, perkumuhan dan respirasi.

Serangga mempunyai sistem penghadaman yang lengkap. Iaitu dari segi sistem penghadaman mereka secara sasnya mengandungi tiub yang bermula dari mulut sehingga ke dubur, berbeza dengan sistem penghadaman yang tidak lengkap yang terdapat dalam kebanyakan haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata) ringkas. Sistem perkumuhan terdiri daripada tubul Malphigi untuk penyingkiran buangan bernitrogen dan usus belakang untuk pengosmokawalaturan. Pada hujung usus belakang serangga mampu menyerap kembali air bersama potassium dan ion sodium. Dengan itu, serangga biasanya tidak menyingkir air bersama-sama najis mereka, fakta yang membenarkan mereka menyimpan air di dalam badan. Proses penyerapan semula ini membolehkan mereka tahan hidup dipersekitaran panas dan kering.

Remove ads

Taksonomi

Thumb
Pepatung
Thumb
Pepatung Jarum
Thumb
Belalang
Thumb
Belalang Pelesit
Thumb
Pianggang Hijau
Thumb
Riang-riang
Thumb
Bena
Thumb
Kumbang Badak
Thumb
Kumbang Kura-kura
Thumb
Rama-rama Raja Brooke
Thumb
Kupu-kupu Maharaja

Kesemua serangga adalah tergolong dalam phylum Arthropoda iaitu sama phylum dengan lipan, ulat gonggok, kala jengking, labah-labah dan sebagainya. Serangga dibahagikan kepada dua subkelas iaitu Apterygota dan Pterygota. Apterygota ialah serangga yang tidak mempunyai sayap manakala Pterygota adalah serangga bersayap.

Antara class bagi serangga atau insecta ini termasuk:

  • Subclass : Apterygota (serangga tidak bersayap)
  1. Order : Thysanura - Silverfish
  2. Order : Collembola - Springtail
  • Subclass : Pterygota (serangga bersayap)
  1. Order : Odonata
    1. Pepatung / Sibur-sibur (Dragonfly) - Family : Anisoptera
    2. Pepatung jarum (Damselfly) - Family : Zygoptera
  2. Order : Orthoptera
    1. Belalang (Grasshopper) - Family : Acrididae
    2. Belalang pelesit (Katydid) - Family : Tettigoniidae
    3. Cengkerik (Criket) - Family : Gryllidae
    4. Sesorok (Mole cricket) - Family : Gryllotalpidae
  3. Order : Hemiptera
    1. Kesing (Stink bug) - Family : Pentatomidae
    2. Pianggang (Squash bug) - Family : Coriedae
    3. Ayak-ayak (Water strider) - Familt : Gerridae
  4. Order : Homoptera
    1. Riang-riang (Cicada)
    2. Bena perang (Planthopper)
    3. Lelompat daun / Lelompat pokok (Leafhopper)
    4. Afid (Aphid)
  5. Order : Coleoptera
    1. Kelip-kelip (Firefly)
    2. Kumbang Kura-Kura (Ladybird)
    3. Kumbang rusa (Stag beetle))
    4. Kumbang tanduk (Atlas beetle)
    5. Kumbang badak (Rhinoceros beetle)
  6. Order : Lepidoptera
    1. Rama-rama (Butterfly)
    2. Kupu-kupu (Moth)
  7. Order : Diptera
    1. Nyamuk (Mosquito) - Family : Culicidae
    2. Lalat (Housefly)
    3. Lalat bunga (Hoverfly)
    4. Lalat buah
    5. Bari-bari
  8. Order : Isoptera
    1. Anai-anai (Termite)
  9. Order : Hymenoptera
    1. Lebah (Bee) - Family : Apidae
    2. Semut (Ant) - Family : Formicidae
    3. Tebuan (Hornet) - Family : Vespidae
    4. Tebuan kayu (Horntail) - Family : Siricidae
    5. Penyengat (Wasp) - Family : Chrysididae
    6. Angkut-angkut (Potter wasp) - Family : Eumenidae
  10. Order : Mantodea
    1. Mentadak (Praying mantis)
  11. Order Blattodea
    1. Lipas (Cockroach)
  12. Order : Phasmatodea
    1. Belalang ranting (Walking stick/moving leaf)
  13. Order : Dermaptera - Earwig
  14. Order : Ephemeroptera - Mayfly
  15. Order : Plecoptera - Stonefly
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads