Broga

pekan di Negeri Sembilan, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Broga ialah sebuah kawasan sempadan bagi dua negeri di Malaysia, Negeri Sembilan dan Selangor.

Sejarah

Broga ialah kawasan yang terkesan dengan perjanjian persefahaman antara Sultan Selangor dan Undang Sungei Ujong yang menyaksikan pertukaran beberapa kawasan di kedua-dua negeri[1].

Dalam kawasan di Negeri Sembilan, Broga ialah sebahagian daripada Lenggeng dalam daerah Seremban yang meliputi sebuah pekan dan beberapa buah kampung. Dalam kawasan di Selangor pula, kini ia merupakan sebahagian daripada Semenyih dalam daerah Hulu Langat yang meliputi sebuah bukit tumpuan pendaki, taman perumahan Taman Tasik Semenyih dan kampus luar negara cawangan tempatan Universiti Nottingham.

Remove ads

Asal usul nama

Nama Broga diambil daripada Sungai Broga yang dinamakan sempena raksasa mitos bernama Buragas iaitu makhluk dongeng yang tinggal di dalam hutan. Buragas dikatakan merupakan raksasa yang sangat besar, ganas, dan sesekali ia keluar mandi di kawasan air terjun berhampiran[2].

Bacaan lanjut

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads