Buah pelaga

biji digunakan di dalam dapur From Wikipedia, the free encyclopedia

Buah pelaga
Remove ads

Buah pelaga (Jawi: بواه ڤلاݢ) atau kapulaga (Jawi: کافولاݢ)[1] merupakan sejenis rempah diperolehi dari lenggai biji dua spesies tumbuhan tertentu iaitu Elettaria cardamomum dan Amomum subulatum; E. cardamomum merupakan jenis pelaga yang paling terkenal bahkan merupakan antara rempah-ratus termahal dijual mengikut berat timbangan.[2]

Thumb
Buah pelaga

Negara Guatemala merupakan pengeluar terbesar rempah ini sebanyak antara 25,000 dan 29,000 tan metrik setahun sejak diperkenalkan di sana tahun 1924[3][4] disusuli India[4] dengan 15,000 tan metrik setahun.[5]

Remove ads

Kegunaan

Dalam masakan

Buah pelaga merupakan antara empat rempah utama dalam masakan orang Melayu iaitu "rempah empat beradik".[6]

Masyarakat India menggunakan buah pelaga hijau sebagai bahan memperisakan manisan atau teh berempah khas iaitu masala chai, penambahan dalam minuman ini turut diikuti di Timur Tengah yang menambahkan rempah pelaga pada teh dan kopi melalui suatu pengadunan dicampur khas dalam alu khas disebut mihbaj (Arab: مهباج‎).

Dalam manuskrip Petua Memasak bertarikh 1348 Hijriyah atau 1929 Masihi terdapat bahagian khusus menjelaskan mengenai penggunaan rempah ini bersama "kumkuma" dalam masakan Melayu.[1] Buah pelaga boleh menambah aroma semasa menumis.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads