Burgerkill

kumpulan pemuzik asal Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia

Burgerkill
Remove ads

Burgerkill (digayakan BURGERKILL) ialah kumpulan muzik Indonesia yang berasal dari Bandung, membawa genre Metalcore dan ditubuhkan oleh Aries Tanto (a.k.a Ebenz) bersama rakan sekolahnya tahun 1995. Kini Burgerkill terdiri daripada ahli-ahli antaranya Agung Hellfrog (pemain gitar), Putra Pra Ramadhan (dram), Ramdan Agustiana (pemain bes) dan Ronald Alexander (vokalis).

Fakta Segera Asal, Genre ...

Lebih dua dekad kerjaya mereka, Burgerkill telah melancarkan enam Album studio dan empat EP serta memenangi pelbagai anugerah muzik, termasuk antaranya kategori "Metal as F*ck" dalam anugerah Metal Hammer Golden Gods Awards di England tahun 2013 dan sejumlah kemenangan dan pencalonan dalam Anugerah Musik Indonesia serta termasuk dalam salah satu dari 50 senarai kumpulan muzik terbaik dunia menurut versi majalah Metal Hammer tahun 2020.[1][2] Kemudian Burgerkill berjaya menembus pentas mancanegara dalam temasya festival muzik metal dunia Wacken Open Air di Wacken, Jerman pada 2015 dan 2022, serta Bloodstock Open Air di England pada 2015.[3] Setelah berjaya dengan persembahan muzik di Eropa, Australia hingga Amerika Syarikat, Burgerkill membuat kombinasi muzik metal dengan orkestra, kemudian melancarkan EP yang bertajuk Killchestra pada 2020.[4]

Remove ads

Sejarah

Burgerkill diasaskan pada 11 Mei 1995 oleh Ebenz bersama rakan-rakannya, dengan line up awalnya terdiri daripada Ebenz (pemain gitar), Ivan Scumbag (vokalis), Kimung (pemain bes) dan Kudung (dram).[5][6] Namun begitu, line up ini tidaklah bertahan lama, dengan Kudung yang keluar kerana sibuk dengan kumpulan muzik utamanya, Forgotten, hingga beliau digantikan oleh Toto Supriatin (Anal Vomit).[7] Kemudian line up ini mula aktif menulis lagu mereka sendiri, hingga selalunya muncul dalam gig yang diadakan di arena sukan, Saparua, Bandung.[8] Line up ini kemudian mula membuat lagu sendiri bertajuk "Revolt!", hingga dimuat dalam album kompilasi Masaindahbangetsekalipisan yang dilancarkan pada Oktober 1997, melalui syarikat rakaman bebas di Bandung.[9][10]

Pada akhir 1997, Burgerkill melancarkan dua single bertajuk "Offered Sucks" dan "Myself", kemudian lagu-lagu tersebut disertakan dalam album kompilasi Breathless yang diedarkan akhir 1997, selepas itu dilanjutkan dengan pengeluaran single "Blank Proudness" yang disertakan dalam album kompilasi bertajuk Independent Rebel yang diedarkan pada 1998.[8] Tahun 1999, Burgerkill beroleh kontrak dari syarikat rakaman bebas, Anak Liar Records Malaysia, untuk melancarkan album split bersama dengan kumpulan muzik Malaysia, Infireal dan Watch It Fall dari Perancis. Album split ini bertajuk Threeway Split Release yang diedarkan di Malaysia tahun 1999.[11][12]

Dua Sisi dan Berkarat (2000–2005)

Thumb
Agung "Hellfrog" yang menyertai sejak 2003 menggantikan Ugum.

Semasa kerja-kerja membuat album sulung, Kimung meletakkan jawatannya sebagai pemain bes untuk menumpukan aktivitinya sendiri di luar kumpulan, kemudian jawatannya diambil alih oleh Andris (Forgotten). Namun begitu, Kimung telah mengisi semua trek bes untuk album tersebut, kemudian album sulung yang bertajuk Dua Sisi itu akhirnya dikeluarkan pada tahun 2000.[13] Selepas itu, Burgerkill sempat dicalonkan sebagai kumpulan muzik independent terbaik oleh majalah NewsMusik tahun 2000.[14] Selain Andris, Burgerkill juga menambah seorang ahli kumpulan sebagai gitaris, iaitu Ugum (Disorder Lies), sehingga line up menjadi Ebenz (gitaris), Ivan (vokalis), Toto (pemain dram), Andris (pemain bes) dan gitaris Ugum.[15][8]

Pertengahan Jun 2003, Burgerkill menandatangani kontrak dengan Sony Music Indonesia (SMI), di mana masa itu, kontrak dengan syarikat rakaman bukanlah sebuah keputusan yang popular bagi kugiran yang membesar dari komuniti muzik underground yang penuh dengan kebebasan. Selepas itu Burgerkill melepaskan album studio kedua bertajuk Berkarat.[16] Album studio ini kemudian berjaya memenangkan kategori Best Metal Production dalam Anugerah Musik Indonesia tahun 2004.[17][18]

Masih pada tahun yang sama, tak lama bergabung, Ugum (gitaris) keluar dari kugiran ini secara rasmi, kerana perkara adanya perbezaan muzikaliti dengan konsep muzik Burgerkill, sehinggalah kedudukannya digantikan oleh Agung "Hellfrog". Bersama line up baru inilah Burgerkill lebih produktif dalam bekerja untuk album seterusnya.[19] Namun begitu, pada 2005 line up ini kembali berubah, kerana Toto (dram) yang meninggalkan Burgerkill, sehingga kugiran ini memutuskan untuk menukar line upnya dengan memindahkan Andris dari jawatan bes ke dram dan Burgerkill tetap meneruskan kerja-kerja untuk album ketiga, walaupun bahagian rakaman trek bes dan dram dikerjakan secara serentak oleh Andris, kerana mengejar tarikh akhir yang ditetapkan SMI. Sehingga untuk persembahan muzik secara langsung, Burgerkill menjemput Ramdan Agustiana untuk jawatan bes.[20][8] Selepas mengeluarkan ulang album sulung Dua Sisi pada 2005 (repack), Burgerkill menamatkan kerjasama dengan SMI, kerana tiada persetujuan yang boleh dicapai kedua-dua pihak untuk meneruskan kontrak.[21]

Remove ads

Ahli kumpulan

Sekarang

  • Ramdan Agustiana — pemain bes (2007–sekarang)
  • Agung "Hellfrog" Ridho— gitaris (2003–sekarang)
  • Putra Pra Ramadhan — pemain dram (2016–sekarang)
  • Ronald Alexander Radja Haba — vokalis (2021–sekarang)

Bekas ahli kumpulan

  • Ivan "Scumbag" Firmansyah — vokalis (1995–2006; meninggal 2006)
  • Kudung — pemain dram (1995–1996)
  • Kimung — pemain bes (1995–2000)
  • Ugum — gitaris (1998–2002)
  • Toto Supriatin — pemain dram (1996–2005)
  • Andris — pemain bes (2000–2005), pemain dram (2005–2016)
  • Vicky Mono — vokalis (2007–2021)
  • Aries "Ebenz" Tanto — gitaris (1995–2021; meninggal 2021)
Remove ads

Diskografi

Album studio

  • Dua Sisi (2000)
  • Berkarat (2003)
  • Beyond Coma and Despair (2006)
  • Venomous (2011)
  • Adamantine (2018)

EP

  • Revolt! EP (1997)
  • Threeway Split Release EP (1999)
  • Dua Sisi Repacked EP (2005)
  • Killchestra EP (2020)

Single

  • "Revolt!" (1997)
  • "Offered Sucks" (1997)
  • "Myself" (1997)
  • "Tiga Titik Hitam" (2003)
  • "Shadow of Sorrow" (2006)
  • "Under The Scars" (2011)
  • "Only The Strong" (2011)
  • "Pledge To Fight" (2018)
  • "Integral" (2018)
  • "Undefeated" (2018)
  • "An Elegy" (Killchestra) (2020)
  • "Roar of Chaos" (2022)
  • "Resilient Blood" (2023)

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads