CONMEBOL

From Wikipedia, the free encyclopedia

CONMEBOL
Remove ads

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL atau CSF; kependekan bagi Confederación Sudamericana de Fútbol),[1] merupakan gabungan persatuan bolasepak negara-negara di Amerika Selatan.

Fakta Segera Maklumat am, Kependekan ...

Organisasi ini ditubuhkan pada 9 Julai 1916, di atas usaha Héctor Rivadavia Gómez (dari Uruguay) untuk menyatukan persatuan bolasepak di benua ini. CONMEBOL merupakan ahli gabungan FIFA dan bermarkas di Luque, Paraguay (dekat Asunción). Presiden CONMEBOL sekarang (2006) adalah Dr Nicolás Leoz.

Argentina, Uruguay, Brazil, dan Chile merupakan negara-negara awal yang menyertai CONMEBOL melalui satu kejohanan bolasepak Amerika Selatan pada tahun 1915 di Buenos Aires, Argentina.

Tahun penyertaan negara-negara ke dalam CONMEBOL ialah Paraguay (1921), Peru (1925), Bolivia (1926), Ecuador (1927), Colombia(1936) dan yang terakhir ialah Venezuela (1952). Walau bagaimanapun 3 negara yang berada di Amerika Selatan, Guyana, Suriname, Guiana Perancis tidak bergabung dengan CONMEBOL, tetapi sebaliknya menyertai CONCACAF.[2][3]

Kejohanan yang dianjurkan oleh CONMEBOL antara lain adalah Copa Libertadores, Copa Sudamericana, dan Copa América.

Remove ads

Ahli

Maklumat lanjut Negara, Persatuan ...
Remove ads

Presiden CONMEBOL

  • 1916–1936 Uruguay Héctor Rivadavia Gómez
  • 1936–1939 Argentina Luis O. Salesi
  • 1939–1955 Chile Luis Valenzuela Hermosilla
  • 1955–1957 Chile Carlos Dittborn Pinto
  • 1957–1959 Brazil José Ramos de Freitas
  • 1959–1961 Uruguay Fermín Sorhueta
  • 1961–1966 Argentina Raúl H. Colombo
  • 1966–1986 Peru Teófilo Salinas Fuller
  • 1986–2013 Paraguay Nicolás Léoz
  • 2013–2014 Uruguay Eugenio Figueredo
  • 2014–2015 Paraguay Juan Ángel Napout
  • 2015– Paraguay Alejandro Domínguez

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads