Cappadocia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Cappadociamap
Remove ads

Cappadocia (/kæpəˈdʃə/; juga Capadócia; Yunani: Καππαδοκία, Kappadokía, daripada Parsi Purba: Katpatuka, Bahasa Turki: Kapadokya; Jawi: کاڤادوکيا) merupakan rantau bersejarah di Anatolia tengah, sebahagian besarnya di Nevşehir, Kayseri, Kırşehir, Aksaray, dan Niğde di Turki.

Fakta Segera Satrapi Parsi, Wilayah Rom ...
Fakta Segera Tapak Warisan Dunia UNESCO, Termasuk ...

Menurut Herodotus,[1] pada zaman Pemberontakan Ionia (499 SM), orang Cappadocia dilaporkan menduduki sebuah kawasan dari Gunung Taurus ke sekitar Euxine (Laut Hitam). Cappadocia, dalam pengertian ini, dibatasi di selatan oleh rantaian Gunung Taurus yang memisahkannya dari Cilicia, ke timur oleh hulu Sungai Efrat, ke utara oleh Pontus, dan ke barat oleh Lycaonia dan Galatia timur.[2]

Nama yang secara tradisinya digunakan dalam sumber-sumber Kristian sepanjang sejarah, terus digunakan sebagai konsep pelancongan antarabangsa untuk wilayah keajaiban semula jadi luar biasa, khususnya yang dicirikan oleh batuan julang,[3] juga warisan keagamaannya sebagai pusat pengajian Kristian awal, yang dibuktikan dengan beratus-ratus gereja dan biara (seperti Göreme dan Ihlara), serta bandar bawah tanah yang digali untuk perlindungan semasa zaman penindasan.[4][5]

Remove ads
Remove ads

Rujukan

Sumber

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads