Carcharhiniformes
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Carcharhiniformes atau ikan yu daratan, dengan lebih 270 jenis spesies, ialah order ikan yu terbesar. Ahli-ahli oreder ini dicirikan dengan adanya membran niktitasi di mata, dua sirip dorsal (punggul), satu sirip anus, dan lima selitan insang.
Ahli order terawal muncul semasa Zaman Jurasik Akhir, dengan ahli dikatakan mempunyai gigi dan bentuk badan yang secara morfologi serupa dengan Scyliorhinidae ("yu kucing") moden.[1] Carchariniformes mengalami pembelbagaian pertama semasa Zaman Batu Kapur Lewat, asalnya sebagai haiwan bersaiz kecil sebelum bercabang hingga membentuk saiz badan sederhana dan panjang ketika zaman Senozoik.[2]
Remove ads
Keluarga
Menurut FishBase, Carcharhiniformes dibahgikan kepada lapan buah keluarga, iaitu:[3]
- Carcharhinidae
- Hemigaleidae
- Leptochariidae
- Proscylliidae
- Pseudotriakidae
- Scyliorhinidae
- Sphyrnidae
- Triakidae
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads