Cencurut

keluarga mamalia From Wikipedia, the free encyclopedia

Cencurut
Remove ads

Cencurut atau Cencorot atau Celurut[2] adalah mamalia kecil pemakan serangga bertubuh kecil yang berpenampilan mirip mencit/tikus (famili Soricidae) yang dikelaskan dalam order Eulipotyphla. Cencurut sebenar tidak seharusnya dikelirukan dengan cencurut pokok, cencurut memerang, cencurut gajah, cencurut Hindia Barat atau cencurut marsupial, yang tergolong dalam keluarga atau order berbeza.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Genus jenis ...

Sungguhpun tampilan luarannya umumnya mirip dengan tikus yang berhidung panjang, cencurut hakikatnya bukanlah rodensia seperti tikus bahkan lain dalam ordo Eulipotyphla, bukan Rodentia lebih dekat dengan landak susu dan tikus mondok; cencurut berhubungan dengan rodensia hanya kerana kededuanya termasuk dalam magnorder Boreoeutheria. Cencurut memiliki gigi tajam bak cerucuk, sedangkan rodensia memiliki gigi kacip depan menggerogot.

Remove ads

Pengelasan

Ada 385 spesies cencurut yang ditempatkan dalam 26 genus,[3] dikumpulkan dalam tiga cabang famili hidup: Crocidurinae (cencurut gigi putih), Myosoricinae (cencurut Afrika), dan Soricinae (cencurut gigi merah). Tambahan lagi, keluarga ini mengandungi subkeluarga pupus Limnoecinae, Crocidosoricinae, Allosoricinae dan Heterosoricinae (sungguhpun Heterosoricinae biasa dianggap sebagai cabang berasingan).

  • Keluarga Soricidae
    • Cabang Crocidurinae
      • Crocidura
      • Diplomesodon
      • Feroculus
      • Palawanosorex
      • Paracrocidura
      • Ruwenzorisorex
      • Scutisorex
      • Solisorex
      • Suncus
      • Sylvisorex
    • Cabang Myosoricinae
      • Congosorex
      • Myosorex
      • Surdisorex
    • Cabang Soricinae
      • Tribe Anourosoricini
        • Anourosorex
      • Suku Blarinellini
        • Blarinella
      • Suku Blarinini
        • Blarina
        • Cryptotis
      • Suku Nectogalini
        • Chimarrogale
        • Chodsigoa
        • Episoriculus
        • Nectogale
        • Neomys
        • Asoriculus
        • Nesiotites
        • Soriculus
      • Suku Notiosoricini
        • Megasorex
        • Notiosorex
      • Suku Soricini
        • Sorex
Remove ads

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads