Che Khalib Mohamad Noh

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tan Sri Dato' Sri Che Khalib Mohamad Noh merupakan eksekutif perniagaan Malaysia dan berkhidmat sebagai Pengarah Urusan MMC Corporation Berhad sejak 1 Julai 2013.[1] Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO Tenaga Nasional dari 2004 hingga 2012.

Fakta Segera Tan Sri Dato' Sri, Kelahiran ...
Remove ads

Pendidikan

Che Khalib ialah akauntan bertauliah dan ahli Institut Akauntan Malaysia (CA, M) dan Felo Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (FCCA, UK) United Kingdom.[2]

Kerjaya

Che Khalib memulakan kerjayanya di firma audit Ernst & Young pada tahun 1989 dan kemudian menyertai Bumiputra Merchant Bankers Berhad. Dari 1992 hingga 1999, beliau berkhidmat di beberapa syarikat termasuk Kumpulan Renong. Pada Jun 1999, Che Khalib menyertai Ranhill Utilities Berhad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Beliau kemudian mengambil alih jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KUB Malaysia Berhad.[2]

Beliau emudian dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 1 Julai 2004 di mana beliau berkhidmat dengan TNB selama 8 tahun sehingga kontrak tamat pada 30 Jun 2012 dan digantikan oleh Azman Mohd.[3] Beliau kemudian menyertai DRB-HICOM sebagai Ketua Pegawai Operasi Kewangan, Strategi dan Perancangan pada Julai 2012.[2]

Che Khalib juga pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari tahun 2000 hingga 2004. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat-syarikat United Engineers Malaysia dan Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad.[2]

Remove ads

Anugerah

Pada tahun 2010, Che Khalib telah dipilih sebagai CEO terbaik di Anugerah Tenaga dan Elektrik Asia 2010 yang pertama kali diadakan bersempena dengan Persidangan Tenaga dan Elektrik Dunia Asia serta Persidangan Elektrik Bestari Dunia Asia di Singapura. Beliau sebelum ini telah dipilih sebagai CEO Terbaik Malaysia 2008, iaitu pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada pemimpin korporat dalam negara.[4]

Beliau telah dianugerahkan "Anugerah Pencapaian dan Anugerah Pencapaian Khas Malaysia - Individu" dalam Sidang Kemuncak & Anugerah Pencapaian Pertama Malaysia (MACA) yang diadakan pada 23 Februari 2012. Anugerah itu disampaikan oleh Datuk Azman Ujang, Pengerusi (Pertubuhan Prestasi Malaysia) kepada Dato' Sri Che Khalib dan pemenang lain.[5]

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads