Tenuk

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tenuk
Remove ads

Tenuk, senuk, cipan, kipan, badak tampung, badak murai, badak tenuk, badak babi atau kuda air merupakan sejenis haiwan mamalia[2] herbivor dalam genus Tapirus keluarga Tapiridae.[1] Haiwan ini berbadan katik seperti babi dan mempunyai muncung yang panjang. Terdapat empat jenis tenuk yang masih wujud dan hidup di kawasan-kawasan hutan Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Asia Tenggara; hanya spesies Tapirus indicus yang ditemukan di Asia Tenggara.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies ...
Remove ads

Peristilahan

Nama tenuk (Jawi: تنوق) digunakan kepada spesies Tapirus indicus di Johor, ia juga seasal dengan nama senuk, tanuk dan teronok di Sumatera.[3]

Nama cipan (Jawi: چيڤن) juga digunakan kepada spesies sama[4] di Kuala Pahang dan Tanah Tinggi Minangkabau; ia seasal dengan nama jipan dan kipan di Perak.[5] Antara nama dipakai kepada spesies ini dalam bahasa-bahasa Orang Asli termasuk baghik (bahasa Bateq), barééw (bahasa Temiar), naq běrtampal (bahasa Temoq), grěbel (bahasa Che Wong), baret atau baroong (bahasa Jahai), dan badak sipan (bahasa Temuan).[perlu rujukan]

Remove ads

Taksonomi

Nama keluarga Tapiridae datang daripada nama genus Tapirus; nama genus itu diberikan oleh Mathurin Jacques Brisson, seorang ahli zoologi Perancis, daripada perkataan bahasa Tupi tapi'ira yang dipakai kepada tenuk Brazil.[6][1]

Spesies

Spesies-spesies tenuk yang masih wujud dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

Maklumat lanjut Genus, Gambar ...

Keempat-empat spesies ini dikelaskan sebagai spesies terancam atau spesies terjejas dalam Senarai Merah IUCN.

Remove ads

Ciri

Tenuk mempunyai belalai yang mudah melentur dan bergerak ke mana-mana arah untuk meragut dedaun yang sukar dicapai sebaliknya; spesies tenuk Malaya mempunyai belalai paling panjang manakala spesies tenuk Brazil mempunyai belalai paling pendek.[7]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads