Tenuk Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tenuk Malaysia
Remove ads

Tenuk Malaysia, tenuk Malaya, tenuk Asia, cipan atau badan cipan (nama saintifik: Tapirus indicus)[3][4] ialah satu-satunya spesies tenuk yang ditemukan di Asia, iaitu di sepanjang sempadan barat Thailand-Myanmar (latitud selatan pada titik 18° U) sehingga ke selatan Semenanjung Malaysia, serta bahagian selatan dan tengah pulau Sumatera di Indonesia.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Tenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dan habitat asalnya sudah pupus akibat perburuan manusia dan pembangunan yang menyebabkan penyerpihan habitat mendedahkan kepada kemalangan jalan raya dan jerat samar. Sekitar 92 ekor tenuk Malaya menjadi mangsa kemalangan jalan raya dari tahun 2015 hingga 2020.[5]

Ia disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) sejak tahun 2008, populasinya dianggarkan terdiri daripada kurang 2,500 ekor individu dewasa.[1] Ia spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah undang-undang Malaysia[6]:113 dan Indonesia.[7]

Remove ads

Taksonomi

Nama saintifiknya berasal dari Hindia Timur iaitu habitat semula jadi spesies ini.

Penerangan

Thumb
Rangka Tenuk Malaysia

Kulit badan tenuk atau cipan tebal berukuran 20 hingga 30 milimeter. Haiwan ini mudah dikenali berdasarkan coraknya iaitu warna putih dari bahagian bahu hinggalah ke bahagian punggung mnakala bahagian selebihnya berwarna hitam kecuali hujung telinga di mana sepunya dengan spesies tenuk yang lain yang berwarna putih. Corak sebegini amat berguna menyamarkan diri sehingga boleh disangkakan pemangsa sebagai batu yang besar lebih-lebih lagi jika tenuk ini duduk telentang untuk berehat mahupun tidur.[4]

Remove ads

Tabiat

Tenuk Malaysia merupakan haiwan yang suka bersendirian dan mempertahankan kawasan daratan yang luas sebagai wilayahnya walaupun sebenarnya kawasan tersebut pernah dijajah oleh tenuk lain. Tenuk menandakan kawasan wilayahnya dengan mengencing atas tumbuh-tumbuhan terutama batang pokok dan biasanya meredah di kawasan semak.

Kebiasannya tenuk ini lebih suka tinggal berhampiran sungai dan sering membersihkan diri dan berenang serta mempunyai kemampuan untuk memanjat cerun yang curam. Tenuk ini hanya aktif pada waktu malam walaupun tidak tergolong dalam kumpulan haiwan nokturnal. Selain itu, tenuk lebih cenderung untuk makan pada waktu malam selepas matahari terbenam atau sebelum matahari terbit dan semestinya makan sekejap pada tengah malam. Kelakuan sebegini tergolong sebagai haiwan krekuspul. Ia tidur dalam kedudukan badan menghadap jalan dipijaknya supaya mudah melarikan diri.[4]

Pemakanan

Tenuk ini merupakan haiwan herbivor, makan pucuk yang lembut serta daun lebih daripada 115 spesies tumbuh-tumbuhan (terutama sekali 30 spesies yang diminatinya), bergerak perlahan meredah hutan dan berjenti sejenak untuk makan serta mengambil perhatian terhadap bau jejak yang ditinggalkan oleh tenuk lain di kawasan ini.[8] Bagaimanapun, apabila diancam atau takut, tenuk mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga mempertahankan dirinya dengan cengkaman kuat serta gigi yang tajam. Tenuk Malaysia berkomunikasi melalui decitan dan siulan.

Pembiakan

Musim mengawan berlaku pada bulan April hingga Jun. Tempoh kehamilan Tenuk Malaysia ialah kira-kira 390 hingga 403 hari (lebih kurang 13 bulan), di mana anak pertamanya mempunyai berat sekitar 15 paun (6.8 kg). Kebiasannya tenuk betina akan melahirkan anaknya dengan purata 2 tahun sekali. Tapir Malaysia merupakan tenuk terbesar ketika lahir dan membesar lebih cepat berbanding spesies tenuk yang lain.[9]

Thumb
Tenuk Malaysia bersama anaknya

Ketika muda, tenuk ini tinggal bersama ibunya selama 6 hingga 8 bulan. Sama seperti spesies tenuk muda yang lain, tenuk ini mempunyai bulu berwarna perang dengan bejalur putih dan berbintik-bintik di mana corak ni membolehkan mereka untuk berssembunyi dengan berkesan ketika berada di kawasan hutan yang kelihatan bertelau-telau cahayanya. Perubahan warna tenuk muda kepada perwarnaan tenuk dewasa berlaku antara 4 hingga 7 bulan selepas lahir. Tempoh bercerai susu pula berlaku ketika berumur 6 hingga 8 bulan.[4]

Tempoh kematangannya kira-kira 2.5 hingga 3.5 tahun. Tenuk Malaysia mampu hidup lebih 30 tahun sama ada hidup dalam kurungan ataupun hidup liar.

Remove ads

Variasi Brevetianus

Sebilangan kecil Tenuk Malaysia melanistik telah dikenalpasti dengan seluruh badannya berwarna hitam. Pada tahun 1924, tenuk terbabit telah dihantar ke Zoo Rotterdam, Belanda dan diklasifikasikan sebagai subspesies yang dikenali sebagai Tapirus indicus var. brevetianus selepas ditemui oleh Kapten K. Brevet.[10] Pada tahun 2000, dua ekor tenuk melastik telah dikenalpasti ketika sedang membuat kajian tentang harimau di Hutan Simpan Jerangau di Malaysia.[11] Kemunculan variasi ini mungkin disebabkan oleh keabnomalan genetik di mana kejadian ini serupa dengan kemunculan harimau kumbang di dalam kawasan populasi jaguar bintik. Bagaimanapun, maklumat tentang brevetianus masih kurang.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Media

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads