Comel Pipi Merah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

"Comel Pipi Merah" ialah lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada 6 Mac 2018.[1] Ia dikeluarkan sebagai sebuah lagu yang ditujukan khas untuk bayi sulungnya yang ketika itu dijangka bakal dilahirkan pada Mac 2018 dan diilhamkan oleh bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail yang ingin melihat beliau mempunyai anak.[2]

Fakta Segera Single oleh Siti Nurhaliza, daripada album Legasi ...
Remove ads

Latar belakang dan rakaman

"Comel Pipi Merah" dirakamkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 17 Januari 2018 ketika usia kehamilannya mencecah 7 bulan. Ia dicipta khas oleh Siti untuk bayi sulungnya yang dilahirkan dua bulan kemudian. Dua anak saudaranya, Chitah dan Damia menyumbangkan suara dengan menjadi penyanyi latar lagu ini.[3][4][5][6]

Komposisi dan lirik

Sebuah lagu pop yang berdurasi selama tiga minit dan lima puluh empat saat. "Comel Pipi Merah" digubah dan diterbitkan oleh Siti Nurhaliza dan Lee Sze Wan, dan lirik ditulis oleh kakak iparnya, Rozi Abd Razak. Ia menjadi lagu yang dicipta khas untuk bayi sulung Siti, Siti Aafiyah Khalid yang dilahirkan pada 17 Mac 2018, iaitu 11 hari selepas lagu ini dikeluarkan. Lagu ini mengambil korus lagu "Can Mali Can", sebuah lagu kanak-kanak.[7][8]

Remove ads

Keluaran dan promosi

"Comel Pipi Merah" pertama kali diperdengarkan di majlis perjumpaan Dato’ Sri Siti bersama Sitizoners pada 21 Januari 2018 dan dikeluarkan secara rasmi pada 6 Mac 2018 dan dikeluarkan secara komersial untuk memuat turun dan aliran pada pelbagai platform termasuk iTunes, Spotify, dan Deezer. Lebih kurang dari 24 jam selepas muzik videonya dimuat naik, ia telah mencecah hampir 100.000 tontonan dan dalam masa 10 hari video lirik lagu tersebut mencecah lebih dari 2 juta tontonan dan teaser video rasmi pula mencapai purata 1 juta tontonan setiap hari.[9]

Lagu ini juga digunakan sebagai lagu latar untuk iklan Perbadanan Putrajaya yang menampilkan Siti dan suami. Ia juga dimuatkan dalam album Legasi, sebuah album kanak-kanak oleh Siti yang dikeluarkan pada 2021.

Muzik video

Muzik video rasmi lagu ini dimuat naik di akaun Vevo rasmi Siti Nurhaliza pada 28 Mac 2018.[10] Ia memaparkan persediaan Siti ke hospital, suasana di dalam wad dan ketika proses kelahiran serta wajah anaknya, Siti Aafiyah.[11]

Sehari selepas dimuat naik ke YouTube, ia mencapai hampir 140,000 tontonan dan berada di tangga ke-48 sohor kini.[12]

Format dan senarai runut

  • Muat turun digital[13]
  1. "Comel Pipi Merah" – 3:54

Sejarah keluaran

Maklumat lanjut Negara, Tarikh ...

Tenaga kerja

  • Datuk Siti Nurhaliza - vokal, komposer
  • Rozi Abd Razak - lirik
  • Lee Sze Wan - penggubah/penerbit
  • Sham Kamikaze - gitar
  • John Thomas - dram
  • Nomad Studio - studio rakaman
  • Ben Tio - jurutera rakaman
  • Sunil Kumar - adunan/mastering

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads