Corentin Tolisso

From Wikipedia, the free encyclopedia

Corentin Tolisso
Remove ads

Corentin Tolisso (lahir 3 Ogos 1994) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Jerman, Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Perancis.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...

Sebagai pemain lepasan akademi Lyon, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab itu pada 2013 dan kemudiannya beraksi dalam 160 perlawanan dan menjaringkan 29 gol. Pada musim panas 2017, beliau berpindah ke Bayern Munich dengan rekod perpindahan terbesar kelab Jerman itu yang bernilai 41.5 juta euro.

Tolisso mewakili pasukan Perancis di pelbagai peringkat umur sebelum melakukan penampilan pertamanya untuk pasukan senior pada tahun 2017. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Perancis yang menjuarai Piala Dunia 2018.

Remove ads

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Tolisso memulakan kerjayanya bersama kelab tempatan berhampiran tempat lahirnya di Tarare dan kampung halamannya, Amplepuis.[4] Sebelum beraksi sebagai pemain tengah, beliau bermain di posisi penyerang. Tolisso pernah menjaringkan hatrik ketika menentang bakal kelab yang akan disertainya nanti, Olympique Lyonnais semasa beliau berusia sebelas tahun. Beliau seterusnya menyertai akademi Lyon pada tahun 2007 sewaktu berusia 13 tahun.[5]

Lyon

2013–2016

Thumb
Tolisso beraksi untuk Lyon pada tahun 2015.

Pada 10 Ogos 2013, pengurus Rémi Garde mengendalikan Tolisso untuk melakukan penampilan pertamanya bersama Lyon dengan memasukkan pemain itu pada minit ke-92 sebagai pemain gantian dalam aksi Ligue 1 menentang Nice. Namun, beliau tidak dapat menyentuh bola sebelum pengadil meniup wisel penamat permainan beberapa saat kemudian.[6] Tolisso melakukan kemunculan sulungnya dalam kejohanan Eropah pada 24 Oktober 2013 ketika pasukannya mengatasi Rijeka 1-0 dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2013-14.[7] Pada seminggu kemudian, Tolisso menandatangani kontrak profesionalnya yang pertama bersama Lyon yang mana beliau kekal bersama kelab Perancis itu sehingga tahun 2017.[8] Pada 9 Mac 2014, beliau telah menjaringkan gol pertama dalam kerjayanya pada masa kecederaan sekali gus membantu Lyon meraih kemenangan 2-1 ke atas Bordeaux pada perlawanan liga.[9] Tolisso digunakan sebagai pemain pelbagai posisi hampir sepanjang musim dengan beraksi di posisi bek kanan iaitu tempat Mouhamadou Dabo. Kemudiannya, beliau digunakan di posisi pemain tengah berikutan kecederaan yang dialami oleh Yoann Gourcuff dan Gueïda Fofana.[10]

Ketiadaan Fofana dan kecederaan berterusan yang dihadapi oleh Clément Grenier membuka peluang kepada Tolisso untuk menikmati aksi bersama skuad utama bersama Lyon pada musim berikutnya. Ketika musim 2014–15, beliau beraksi dalam setiap perlawanan liga untuk Lyon selain beliau telah berjaya menghasilkan sembilan gol.[11] Pada penghujung musim, Tolisso bersama rakan sepasukan lain iaitu Nabil Fekir dan Anthony Lopes ditawarkan kontrak lanjutan yang memastikan mereka kekal bersama kelab sehingga tahun 2020.[12] Beliau meneruskan prestasinya yang baik pada musim 2015-16 apabila beliau menyumbat lima jaringan gol dan membantu enam jaringan gol pasukan. Musim itu juga menyaksikan Lyon menjadi naib juara di belakang Paris Saint-Germain.[13]

Musim 2016–17

Prestasi Tolisso pada musim yang lalu telah menarik minat kelab-kelab luar. Pada Julai 2016, Napoli telah melakukan bidaan sebanyak 37.5 juta euro bagi mendapatkan Tolisso. Beliau menolak tawaran perpindahan itu dan menegaskan semula komitmennya untuk Lyon. Beliau seterusnya menyatakan rasa cintanya terhadap Lyon dan kepercayaan pihak kelab akan perkembangannya menjadi alasan beliau untuk terus berada di Lyon.[14]

Beliau melakukan kemunculan pertamanya pada musim itu dalam kejohanan Trophée des Champions 2016 pada 6 Ogos 2016 apabila Lyon ditewaskan oleh juara liga Perancis, Paris Saint-Germain 4-1. Tolisso menjaringkan gol sagu hati Lyon pada minit ke-87 permainan.[15] Tolisso menjaringkan gol pertamanya dalam saingan liga pada musim itu pada 27 Ogos dengan menjaringkan gol pembukaan perlawanan ketika pasukannya menentang Dijon tetapi tewas 4-2 di gelanggang lawan. Beliau menjaringkan gol pertamanya di kejohanan Eropah pula pada 14 September dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb.[16][17]

Pada 2 Oktober 2016, apabila kapten pasukan Maxime Gonalons dan naib-kapten Alexandre Lacazette mengalami kecederaan, Tolisso memakai lilitan kapten dan mengetuai pasukan Lyon buat kali pertama dalam pertembungan Rhône menentang Saint-Étienne di stadium baru Lyon, Parc Olympique Lyonnais.[18] Pada 5 Februari, Tolisso telah dilayangkan kad merah buat kali pertama dalam kerjayanya selepas mengasari pemain Fabien Lemoine pada masa tambahan. Sebaik sebelum Tolisso dibuang padang, rakan sepasukannya iaitu Rachid Ghezzal juga telah dibuang padang kerana mengasari pemain lawan yang sama. Disiplin yang buruk dipamerkan oleh pemain Lyon telah menyebabkan presiden kelab Jean-Michel Aulas untuk mengumumkan kedua-dua pemain itu akan menerima hukuman yang setimpal.[19] Tolisso menamatkan musim 2016-17 dengan menjaringkan 14 gol dan melakukan tujuh bantuan jaringan gol dalam 47 penampilannya pada semua kejohanan.[20] Beliau juga telah disenaraikan ke dalam Pasukan Terbaik Liga Europa untuk musim ini.[21]

Bayern Munich

Musim 2017–18

Pada 14 Jun 2017, kelab Bundesliga iaitu Bayern Munich telah mengikat Tolisso dari Lyon dengan kontrak selama lima tahun melalui perpindahan awal yang bernilai 41.5 juta euro sebelum ditambah 6 juta euro lagi sebagai potensi bonus.[22][23][24] Perpindahan itu merupakan bayaran terbesar diterima oleh Lyon untuk penjualan mana-mana pemainnya sebelum rekod itu sekali lagi dipecahkan oleh Alexandre Lacazette yang berpindah ke Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak 53 juta euro pada 5 Julai 2017.[25] Perpindahan Tolisso itu juga memecahkan rekod perpindahan di Bundesliga dan Bayern yang sebelum ini dipegang oleh Javi Martínez yang berpindah dari Athletic Bilbao pada Ogos 2012.[26][27]

Thumb
Tolisso bersama Bayern pada tahun 2018.

Beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Bayern pada 5 Ogos dengan beraksi pada penentuan penalti menentang Borussia Dortmund yang menyaksikan Bayern dijulang sebagai juara Supercup.[28] Tolisso seterusnya menjaringkan gol dalam aksi sulungnya di Bundesliga pada 18 Ogos dengan menjaringkan gol kedua Bayern ketika menumpaskan Bayer Leverkusen 3-1.[29] Pada 5 Disember 2017, selepas Bayern telah memastikan kelayakannya ke peringkat kalah-mati Liga Juara-Juara, Tolisso menjaringkan dua gol untuk Bayern dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi menewaskan PSG 3-1. Namun, keputusan itu tidak cukup untuk menyaksikan Bayern menduduki tangga teratas kumpulan.[30] Pada 3 April 2018, beliau menjaringkan gol dari jarak jauh untuk menggandakan kedudukan dalam aksi menewaskan Freiburg 4-0 di gelanggang lawan.[31]

Pada 7 April, Tolisso menyamakan kedudukan permainan sebelum Bayern mengalahkan Augsburg 4-1 lalu meraikan juara Bundesliga walaupun terdapat baki lima perlawanan lagi.[32]

Musim 2018–19

Tolisso memulakan musim baru sebagai juara Piala Dunia bersama Perancis.[33] Pada hari ketiga perlawanan Bundesliga, krusiat ligamen pada lutut kanan Tolisso telah retak semasa Bayern meraih kemenangan 3-1 ke atas Bayer Leverkusen pada 15 September.[34][35] Berikutan kecederaan itu, jurulatih pasukan kebangsaan Perancis Didier Deschamps telah meyakinkan Tolisso supaya "kembali dengan kuat, jika tidak terlalu kuat". Beliau juga percaya tahun 2019 akan "jadi lebih baik untuk dia [Tolisso]".[36] Semasa latihan musim sejuk Bayern di Doha pada Januari 2019, Tolisso dilaporkan telah boleh berjoging di atas treadmill ant-graviti tanpa menghadapi sebarang masalah.[37] Beliau kembali pada Mac 2019 yang mana menurut jurulatih Bayern Niko Kovac ialah "awal daripada yang dijangka".[38]

Remove ads

Kerjaya antarabangsa

Walaupun Tolisso dilahirkan di Perancis dan mewakili pelbagai pasukan remaja kebangsaan, beliau sebenarnya layak untuk mewakili Togo melalui keturunan sebelah bapanya.[39][40] Pada tahun 2016, pengurus Togo Claude Le Roy telah mendedahkan bahawa beliau cuba memujuk Tolisso untuk mewakili Togo daripada Perancis. Tolisso sebelum ini juga mengakui ikatannya dengan negara Togo tetapi beliau setia kepada Perancis dengan menyatakan bahawa; "Saya dilahirkan di sini dan dibesarkan di sini."

Dengan sebelum ini pernah mewakili Perancis di pelbagai peringkat usia, Tolisso akhirnya dipanggil oleh skuad senior buat kali pertama untuk menghadapi perlawanan menentang Luxembourg dan Sepanyol pada Mac 2017.[41] Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 28 Mac 2017 ketika menentang Sepanyol. Dalam perlawanan itu, beliau telah digantikan oleh Thomas Lemar pada minit ke-80 yang menyaksikan Perancis tewas 2–0 dalam aksi persahabatan.[42]

Pada 17 Mei 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam 23 pemain yang akan mewakili Perancis ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[43] Beliau beraksi dalam 78 minit pertama sebelum dikeluarkan ketika menentang Australia dalam perlawanan peingkat kumpulan kejohanan pada 16 Jun.[44] Tolisso tidak beraksi dalam dua perlawanan kumpulan terakhir menentang Peru[45] dan Denmark.[46] Pada 30 Jun, beliau telah menggantikan Blaise Matuidi pada minit ke-75 permainan semasa Perancis menewaskan Argentina 4-3 pada pusingan 16 terbaik.[47] Pada 6 Julai, Tolisso beraksi sebagai kesebelasan utama Perancis semasa berentap menentang Uruguay pada peringkat suku akhir. Beliau telah membantu jaringan gol Antoine Griezmann sekali gus membantu Perancis untuk meraih kemenangan 2–0.[48] Dalam perlawanan separuh akhir menentang Belgium, beliau telah menggantikan Matuidi pada minit ke-86 yang berakhir dengan kemenangan Perancis 1-0 pada 10 Julai.[49] Pada 15 Julai, Tolisso tampil pada minit ke-73 perlawanan dan sekali lagi menggantikan Matuidi pada perlawanan akhir menewaskan Croatia 4-2 sebelum mereka meraih gelaran Piala Dunia kedua.[50] Pada 17 November 2019, Tolisso menjaringkan gol sulungnya untuk Perancis semasa mengalahkan Albania 2-0 pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020.[51]

Remove ads

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 3 Mac 2020.[52]
Maklumat lanjut Kelab, Musim ...
  1. Termasuk Coupe de France dan DFB-Pokal.
  2. Penampilan di Liga Europa
  3. Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  4. Enam penampilan di Liga Europa UEFA dan lapan penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.
  5. Penampilan di Trophée des Champions.
  6. Penampilan di DFL-Supercup

Antarabangsa

Sehingga 17 November 2019.[53]
Maklumat lanjut Pasukan kebangsaan Perancis, Tahun ...

Gol antarabangsa

Maklumat lanjut #, Tarikh ...

Pencapaian

Thumb
Tolisso sedang memegang trofi Piala Dunia bersama bapanya.

Kelab

Bayern Munich
  • Bundesliga: 2017–18, 2018–19
  • DFB-Pokal: 2018–19
  • DFL-Supercup: 2017, 2018

Antarabangsa

Perancis

Individu

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads