Cyclemys

From Wikipedia, the free encyclopedia

Cyclemys
Remove ads

Cyclemys ialah genus kura-kura akuatik yang biasanya merujuk kepada Kura-kura Daun Asia, daripada famili Geoemydidae. Genus ini yang wujud di Asia Tenggara dan Asia Selatan kini mengandungi tujuh spesies. Panjangnya lebih kurang 25 cm (9.8 in). Kebanyakan cangkerangnya berwarna coklat kehijauan dan tempurung (karapasnya) berbentuk seperti daun. Ia tinggal di air cetek dan kawasan hutan. Kura-kura dewasa bersifat kedaratan berbanding kura-kura muda yang lebih bersifat akuatik.

Fakta Segera Kura-kura Daun Asia, Pengelasan saintifik ...
Remove ads

Ciri-ciri

Thumb
Corak skuta pada karapas (kiri atas) dan plastron (kanan atas) cangkerang Cyclemys: Garisan putus-putus adalah skuta abdomen yang membezakan setiap genus dewasanya.

Kura-kura Cyclemys mempunyai karapas yang bulat, biasanya hijau gelap, berwarna tan, kekuningan. Cangkerangnya mempunyai jalur vertebral dari kepala ke ekor. Skut marginalnya wujud pada kura-kura muda berbanding dewasa.

Taburan

Thumb
Seekor Cyclemys sedang berjemur di tebing sungai di Pakke Tiger Reserve

Taburan setiap spesies Cyclemys masih tidak diketahui, namun genus ini sering dijumpai di Asia Selatan dan Indochina (Vietnam, Myanmar, Laos, Kemboja, Myanmar, Thailand, tengah dan selatan China, Bangladesh, Nepal, dan timur laut India), serta negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Filipina.[1]

Taksonomi

Terdapat tujuh spesies:

Spesies plastron kuning

  • Cyclemys atripons (Iverson & McCold, 1997) - Western black-bridged leaf turtle atau striped leaf turtle
  • Cyclemys dentata (Gray, 1831) - Kura-kura Bergerigi
  • Cyclemys pulchristriata (Fritz, Gaulke, and Lehr 1997) - Eastern black-bridged leaf turtle

Spesies plastron gelap

  • Cyclemys enigmatica (Fritz, Guicking, Auer, Sommer, Wink & Hundsdörfer, 2008) - Kura-kura Daun Enigma atau Kura-kura Daun Sunda
  • Cyclemys fusca (Fritz, Guicking, Auer, Sommer, Wink & Hundsdörfer, 2008) - Myanmar brown leaf turtle
  • Cyclemys gemeli (Fritz, Guicking, Auer, Sommer, Wink & Hundsdörfer, 2008) - Assam leaf turtle
  • Cyclemys oldhami (Gray, 1863) - Kura-kura Bulus

Pemuliharaan

Cyclemys ialah spesies yang sering ditangkap dan dijual sama ada di kedai haiwan, dijadikan makanan, atau sebagai ubat tradisional.[2] Pada 25 Ogos 1998, Jabatan Perhutanan Vietnam telah menyita lebih kurang 700 ekor kura-kura termasuklah 30 ekor disahkan sebagai C. oldhamii.[3] Pada bulan Mei 2007, lebih daripada 3000 ekor Cyclemys, bersama dengan Kura-kura Katup Asia, berjaya diselamatkan di Yangjiang, China.[4]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads