Roslinda Abdul Majid

Penyampai radio Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Roslinda Haji Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin (lahir 31 Disember 1975)[1] merupakan seorang penyampai radio dan penyanyi wanita Malaysia.[2] Beliau merupakan salah seorang penyampai radio Suria FM dan terkenal kerana rancangan radio Suria Cinta yang dikendalikannya.[3]

Fakta Segera DJ Lin, Kelahiran ...
Remove ads

Pendidikan

DJ Lin merupakan lulusan dalam bidang Komunikasi Massa (Kewartawanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.[4]

Kerjaya

Roslinda, lebih dikenali umum sebagai DJ Lin memulakan kerjaya awalnya di Best 104 sebelum berpindah ke RfM.

Pada 1 Jun 2006, beliau menyertai Suria FM yang mana beliau mengendalikan rancangan Suria Cinta pada setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 8 malam hingga 1 pagi.[5] Suria Cinta membincangkan topik perhubungan dan percintaan. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengurus Program di Suria serta memegang jawatan baharu di dalam pengurusan Star Radio Group.[6][7]

Pada November 2011, DJ Lin memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single solo pertamanya, "Ranting Kenangan" yang dicipta oleh Eddie Hamid dan ditulis oleh Ku Seman Ku Hussein.[8]

Beliau juga mengendalikan rancangan Apa Itu Cinta yang membincangkan tentang kisah cinta selebriti popular tanah air. Ia meraih 500,000 tontonan di Facebook rasmi Suria FM.[9]

Remove ads

Kehidupan peribadi

DJ Lin merupakan anak ketujuh dari 10 beradik, lahir dan membesar di Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan ibu tunggal kepada dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

Bapanya meninggal dunia pada 2000. Ibunya, Puteh Jantan mengalami bengkak jantung dan air memenuhi badan terutama paru-paru akibat kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik. Abangnya Ismail Abdul Majid, meninggal dunia secara tiba-tiba akibat tekanan darah tinggi melampau sehingga pembuluh darah dikepalanya pecah pada 6 November 2017 pada 51 tahun.[10]

DJ Lin menjalani pembedahan membuang fibroid, iaitu ketumbuhan di pangkal rahim pada 1 Mei 2019. Beliau dinasihatkan oleh doktor agar berehat selama satu atau dua bulan, kerana tidak sedarkan diri.[11]

Diskografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Radiografi

Radio

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads