Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 ialah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-32 oleh Berita Harian. Tema yang dipilih ialah Melangkaui Sempadan. Anugerah ini diadakan pada 22 September 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan disiarkan secara langsung melalui TV3, Hot FM dan Kool FM.[2]

Fakta Segera Jenis, Penerangan ...
Remove ads

Penyampai dan penghibur

Penyampai

Penghibur

Maklumat lanjut Nama, Mempersembahkan ...
Remove ads

Gambaran keseluruhan

Undian awal bagi ABPBH 32 bermula pada 15 Julai 2019. Tema yang dipilih bagi edisi ke-32 anugerah ini ialah Melangkaui Sempadan, bersama misi mengiktiraf kejayaan anak seni tempatan, bukan hanya di tanah air, malah merentasi benua. Tema itu juga sejajar dengan kematangan akhbar BH yang berpegang kepada slogan `Wadah Pembaharuan' dalam menjadi sumber informasi dan rujukan rakyat menerusi kandungan mantap serta menarik.[3] Buat pertama kali dalam sejarah Anugerah Bintang Popular BH, ABPBH 32 memperkenalkan kategori artis antarabangsa iaitu, Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular dalam senarai kategori utama.[4]

ABPBH edisi kali ini mencipta kejutan apabila artis senior kembali bersaing dengan wajah baharu dunia seni, senarai calon Top 5 kali ini mencerminkan kecenderungan peminat memilih artis yang bukan sekadar menyinar dalam lapangan diceburi, malah bijak meningkatkan potensi diri berdepan cabaran era digital.[5]

Bagi mempromosikan ABPBH 32, dua siri jelajah bersama artis dan kelab peminat turut diadakan. Siri jelajah pertama akan berlangsung pada 3 Ogos 2019 di KOMTAR JBCC, Johor Bahru, disusuli pada 24 Ogos 2019 di Aman Sentral, Sungai Petani, Kedah. Turut dianjurkan program santai bersama kelab peminat iaitu #FANtastik dan Showcase ABPBH 32 pada 7 September 2019 di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor. Acara kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada hari Ahad, 22 September 2019. Lokasi rasmi acara kemuncak ABPBH 32 turut ditaja oleh Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, Kool FM dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi dan TONTON sebagai platform digital rasmi.[6]

Mereka termasuk Alha Alfa, Ella, Zara Zya, Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Arslan Butt, Khai Bahar dan Wany Hasrita. Turut diberi amanah menjadi penyampai trofi ialah Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Amy Mastura, Shuib Sepahtu, Azar Azmi, Azhan Rani, Noorkhiriah, Mustapha Kamal dan Aida Khalida. ABPBH 32 juga diserikan segmen karpet merah yang bakal disiarkan menerusi TV9, menggandingkan Hefny Sahad dan Ain Edruce bagi menghangatkan lagi liputan eksklusif dari lokasi acara.

ABPBH 32 mendapat sokongan Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama dan DuitNow sebagai penaja bersama bakal disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada 22 September ini. Ia mempertandingkan 13 kategori utama, selain dua kategori baharu, Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular. Turut dipertandingkan adalah lima kategori ’Online’, iaitu Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom.

Acara itu turut memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anak seni menerusi kategori khas, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Undian peringkat Top 5 masih berlangsung dan akan ditutup pada 15 September ini. Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH.[7]

Remove ads

Calon dan pemenang

Sumber:[8]

Calon Kategori Utama

Maklumat lanjut Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular ...

Calon Kategori Online

Maklumat lanjut Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular ...
Remove ads

Rakan dan penaja rasmi

  1. Penyiar siaran langsung -TV3
  2. Penaja utama - Alha Alfa
  3. Penaja bersama - Habib Jewels
  4. Stesen radio rasmi - Hot FM & Kool FM
  5. Platform digital rasmi - Tonton
  6. Majalah digital rasmi - ZIP
  7. Penaja khas - Qatar Airways

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads