DXN

From Wikipedia, the free encyclopedia

DXN
Remove ads

DXN adalah sebuah syarikat pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang terkenal di Malaysia. Diasaskan pada 1993,[1] syarikat ini sedang berkembang pesat dengan berpegang kepada konsep eka niaga, eka dunia, eka pasaran.[2][3]

Thumb
Logo DXN

Ladang Ganoderma

Organisasi ini mempunyai ladang Ganoderma seluas 30 ekar di Bukit Wang dan 10 ekar di Bukit Pinang, Kedah. Kedua-dua ladang milik DXN ini mempunyai beberapa kelebihan dalam penanaman Ganoderma berkualiti tinggi.

DXN Pharmaceutical

DXN Pharmaceutical Sdn. Bhd, merupakan kilang bersepadu milik DXN. Ia merupakan lambang kebanggaan DXN kerana berjaya mendirikan sebuah kilang yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan peralatan canggih.

Kilang DXN Pharmaceutical yang berstatus "Good Manufacturing Practice (GMP)" secara rasminya dibuka pada 9 Jun 2001. Ia mempunyai keluasan hampir 28,000 kaki persegi dan merupakan salah sebuah daripada kilang yang mempunyai mesin serta prasarana terbaik di dunia.

Kemudahan perkilangan adalah untuk memenuhi perkembangan pesat permintaan pasaran dunia sementara kemudahan mesin-mesin terkini sebagai persediaan ke arah peningkatan kapasiti pengeluaran berganda. Setakat ini, lebih 80% daripada produksi yang dijalankan di kilang DXN Pharmaceutical adalah untuk permintaan pasaran di seluruh dunia.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads