Dungun
daerah di Terengganu, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dungun merupakan sebuah daerah yang terletak di selatan negeri Terengganu, Malaysia. Daerah ini berpusat di Kuala Dungun dan mempunyai keluasan sebanyak 2,735 kilometer persegi, kedua terbesar di negeri Terengganu.
Daerah Dungun bersempadan dengan daerah Kemaman di selatan, daerah Marang dan Hulu Terengganu di utara, daerah Jerantut, Pahang di barat dan Laut China Selatan di timur.
Remove ads
Sejarah
Merujuk kepada "Tai Ping Yu Lan" , 2000 keluarga dari Daerah Zhu Wu, dinasti Han telah membina Negara di Dungun pada 3 Masihi.[3]
Etimologi
Nama Dungun dikatakan berasal dari nama sejenis pokok, iaitu pokok Dungun (Heritiera littoralis Dryand).[4]
Pentadbiran
Daerah Dungun ditadbir oleh satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Dungun. Majlis ini telah dinaik taraf ke peringkat perbandaran pada 20 Ogos 2008.[4]
Daerah Dungun juga dibahagikan kepada 11 buah mukim;

- Mukim Kuala Jengai (78,311.6 hektar)
- Mukim Besol (14,252.2 hektar)
- Mukim Kuala Paka (14,385.7 hektar)
- Mukim Jerangau (41,632.5 hektar)
- Mukim Sura (2,897.5 hektar)
- Mukim Kuala Dungun (6,345.5 hektar)
- Mukim Kuala Abang (3,315.2 hektar)
- Mukim Rasau (19,568.2 hektar)
- Mukim Pasir Raja (49,164.3 hektar)
- Mukim Kumpal (10,764.6 hektar)
- Mukim Hulu Paka (32,817.9 hektar)
Perwakilan rakyat
Daerah Dungun meliputi satu kawasan persekutuan iaitu Dungun yang merangkumi empat kawasan negeri; Bukit Besi, Rantau Abang, Sura dan Paka.
Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Dungun ialah seramai 158,130 orang dengan kepadatan penduduk 58 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah Dungun berbangsa Melayu, seramai 151,114 orang.[5][6]
Agama
Di daerah Dungun, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 97 peratus diikuti agama Buddha sebanyak dua peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[6]
Remove ads
Kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Dungun. Terdapat sebanyak 72 buah sekolah di daerah ini;[7]
Daerah Dungun juga mempunyai 11 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, tujuh klinik kesihatan dan 14 klinik desa di sekitar daerah.
Remove ads
Pelancongan
- Kubu Mat Kilau
- Makam Raja Siak
- Hutan Lipur Chemerong[8]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads