Daerah Tawau

Daerah di Sabah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Daerah Tawaumap
Remove ads

Daerah Tawau merupakan sebuah daerah yang terletak dalam negeri Sabah. Daerah Tawau terletak di tenggara negeri Sabah dan merupakan salah satu daripada lima daerah dalam Bahagian Tawau. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Tawau. Antara etnik yang menetap di daerah ini termasuklah orang Suluk, Tidung, Melayu, Bajau dan Bugis.

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Remove ads

Pentadbiran

Daerah Tawau terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau yang diketuai seorang Yang Di-pertuan. Pada mulanya kawasan daerah ini turut meliputi Daerah Kalabakan. Namun pada 1 Januari 2019, Daerah Kalabakan telah dipisahkan sepenuhnya daripada daerah Tawau, walaupun pentadbirannya masih di bawah Majlis Perbandaran Tawau.

Dari segi politik, daerah Tawau dirangkumi kawasan persekutuan Tawau. Di peringkat negeri pula, tiga kawasan negeri berada dalam daerah ini iaitu Apas, Balung dan Sri Tanjong.

Remove ads

Geografi

Daerah Tawau terletak di tenggara negeri Sabah, tepatnya di selatan bahagian Tawau. Daerah ini berbatasan langsung dengan daerah Kalabakan di barat, Semporna di timur dan Kunak di utara. Di selatan daerah merupakan perairan Teluk Corrie dan Laut Sulawesi. Daerah Tawau juga bersempadan langsung dengan Indonesia di Pulau Sebatik.

Sempadan antara daerah ini dengan daerah Semporna di timur dan Kunak di utara merupakan sempadan semulajadi yang mengikut aliran Sungai Kalumpang.

Daerah Tawau berkeluasan 2,240 kilometer persegi. Bentuk muka buminya terdiri daripada kawasan bergunung-ganang di utara dan tengah daerah. Di kawasan selatan dan timur daerah yang terletak di pesisir pantai pula merupakan kawasan yang lebih rata dan landai. Titik tertinggi di daerah ini mencapai lebih 1300 meter yang terletak di puncak Gunung Magdalena. Pulau Sebatik merupakan pulau terbesar di daerah ini.

Remove ads

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Tawau ialah seramai 372,462 orang dengan kepadatan penduduk 166 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[2] Majoriti penduduk di daerah Tawau merupakan Bumiputera termasuklah orang Suluk, Tidung, Melayu, Bajau dan Bugis.[3]

Daerah Tawau juga merupakan antara daerah yang mempunyai jumlah penduduk bukan warganegara paling ramai di Sabah iaitu dengan jumlah lebih 100 ribu orang atau hampir 30 peratus dari keseluruhan penduduk.

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...

Agama

Di daerah Tawau, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 83 peratus diikuti agama Buddha sebanyak lapan peratus dan agama Kristian sebanyak lebih tujuh peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[3]

Kemudahan

Thumb
Sebuah sekolah menengah di daerah Tawau.

Terdapat pelbagai kemudahan awam di daerah Tawau. Di daerah ini terdapat 83 buah sekolah rendah dan sekolah menengah. Satu hospital telah dibina di daerah ini iaitu Hospital Tawau. Di daerah ini juga mempunyai 16 buah balai polis dan sebuah balai bomba.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads