Dafi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gadaffi bin Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob atau lebih dikenali sebagai Dafi (lahir 14 Disember 1988) merupakan peserta Akademi Fantasia musim ke-5. Beliau juga merupakan anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri ke-9 Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Kakaknya ialah Nina Sabrina, yang merupakan seorang pereka fesyen dan sosialit terkenal.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Dafi mendapat tawaran daripada Erma Fatima untuk mengacarakan rancangan Xpresi Remaja di RTM. Beliau juga membuat penampilan kameo dalam Apa Kata Hati? terbitan Tayangan Unggul.
Selain itu, Dafi juga menyumbangkan suara sebagai watak utama iaitu Troy dalam High School Musical versi bahasa Melayu.
Remove ads
Pendidikan
Dafi memperoleh pendidikan sepenuh masa dalam Diploma Profesional Seni Muzik dan Bunyi dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.[1]
Terdahulu, Dafi telah memulakan pengajiannya di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing sejak awal tahun 2006, tetapi ia terpaksa menangguhkan pengajiannya berikutan mengikuti program realiti hiburan terkenal di Malaysia iaitu Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 yang dihoskan oleh Astro.[perlu rujukan]
Remove ads
Diskografi
Single
- Seumur Hidup (2009)
- D4F1 (2014)
Lagu
Dafi terkenal dengan lagu Bila Terasa Rindu yang dicipta sepenuhnya dan diterbitkan oleh Edry KRU. Lagu tersebut turut dimuatkan dalam runut bunyi filem Duyung.[2]
Dafi telah berkolaborasi dengan Shila Amzah dari One in a Million dalam pembikinan lagu Rentak Optimis. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan Coca-Cola.
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Teater
Iklan
- Aiskrim Walls bersama dengan seorang penyanyi dari Indonesia, Gita Gutawa
- Coca-Cola bersama dengan penyanyi dari One In A Million 8TV, Shila
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads