Dahlan Zainuddin

Penyanyi lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Dahlan Zainuddin
Remove ads

Datuk Mohd Dahlan bin Zainuddin (2 Jun 1941 – 28 Mei 2019) merupakan seorang penyanyi Malaysia, terkenal dengan lagu "Kisah Seorang Biduan".

Fakta Segera Yang Berbahagia Datuk, Kelahiran ...
Remove ads

Kerjaya

Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi selepas memenangi kategori "Persembahan Keseluruhan Terbaik" dalam pertandingan Bintang RTM pada 1975. Beliau juga telah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978. Selain itu, beliau merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke Singapura sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1965.[1]

Beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya Zakry. Selain itu, beliau pernah menjadi pengacara Hiburan Minggu Ini (HMI) sekitar tahun 1970-an.[2] Di samping itu, beliau pernah menjadi kakitangan bagi akhbar New Straits Times.[3]

Remove ads

Kehidupan peribadi dan kematian

Beliau telah berkahwin dengan penyanyi Effa Rizan pada tahun 1977. Beliau sebelum ini pernah menghidap angin ahmar pada 29 Jun 2016.[3]

Dahlan meninggal dunia pada 28 Mei 2019 di Hospital Selayang pada usia 77 tahun akibat penyakit sama. Beliau meninggalkan balu, Effa dan tiga anak serta tujuh cucu. Jenazah beliau dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor pada 29 Mei 2019.[3]

Remove ads

Diskografi

EP

  • Kisah Saorang Biduan (1977)

Album runut bunyi

Album studio

  • Wajah-Wajah Cinta (1982)

Lagu-lagu

  • "Kisah Seorang Biduan"
  • "Laguku Untukmu"
  • "Bersama Lagu Ini"
  • "Wajah-Wajah Cinta"
  • "Joget Kaki Lima"

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads