Danial Chuer
Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Danial Chuer Hamasiah Samsudin (lahir 3 April 2001) ialah seorang penyanyi, komposer muda dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Idola Kecil musim keenam dan Idola Kecil Ultra yang mana beliau berjaya dinobatkan sebagai juara.[2][3] Selain itu, beliau juga menjadi salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga dan Vokal Mania.[4][5] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat dan telah dinobatkan sebagai naib juara.[6][7]
Remove ads
Kerjaya
Bakat Danial Chuer dalam bidang muzik diwarisi daripada bapanya, Chuer Niang yang merupakan seorang penyanyi kelab dan pemuzik di kampung halamannya, Tawau, Sabah. Di awal penglibatannya dalam bidang muzik, beliau mengikat kontrak bersama The Talent Unit. Beliau menjadi salah seorang peserta Idola Kecil musim keenam pada 2013 dan seterusnya menyertai Idola Kecil Ultra yang mana kedua-duanya menobatkan beliau sebagai juara.[8] Pada tahun 2015, beliau juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila membintangi sebuah siri drama TV yang bertajuk Destinasi G4 antara lain turut dibintangi oleh Azzam Sham, Afieq Shazwan dan Harris Alif.[9] Selain itu, beliau pernah merakamkan single sulungnya, "Sinar Pelangi". Pada tahun 2020, beliau membuat kemunculan semula dengan menyertai I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga pada minggu ke-10.[4] Danial kemudian menjadi salah seorang daripada 24 peserta amatur Vokal Mania.[5][10]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Danial dilahirkan dan dibesarkan di Tawau, Sabah dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada pasangan Kasumah Jafar dan Chuer Niang.[11] Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan St. Patrick dan Sekolah Seni Malaysia Shah Alam, seterusnya menyambung pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[8]
Diskografi
Filemografi
Televisyen
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads