Darjah Bunga Paulownia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Darjah Bunga Paulownia (桐花章, Tōka shō) ialah darjah kedua tertinggi Jepun. Dizahirkan pada tahun 1888 sewaktu Pemulihan Meiji sebagai anugerah tertinggi dalam Order of the Rising Sun; namun, semenjak tahun 2003 ia telah menjadi Darjah yang tersendiri.[1] Satu-satunya pangkat dalam darjah ini ialah Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers (旭日桐花大綬章, Kyokujitsu tōka daijushō), yang berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada Darjah Matahari Terbit tetapi lebih rendah daripada Darjah Bunga Kekwa.
Bar reben Order of the Paulownia Flowers
Darjah dan Reben Order of the Paulownia Flowers
Secara tradisinya, darjah ini telah disampaikan kepada negarawan terkenal, mantan perdana menteri dan menteri kanan kabinet, diplomat dan hakim. Ia boleh dikurniakan selepas mati, dan merupakan penghormatan tertinggi yang sering dikurniakan dalam darjah kebesaran Jepun. Anugerah tidak dibuat setiap tahun; hanya 23 individu yang pernah dikurniakan dengan darjah ini semenjak tahun 2003: 16 warga Jepun (tiga selepas mati), tiga warga Amerika (seorang keturunan Jepun, Senator Amerika Syarikat Daniel Inouye), seorang warga Malaysia iaitu Perdana Menteri Mahathir Mohamad, seorang warga Singapura iaitu mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew (selepas meninggal dunia) dan seorang warga India (mantan Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh).[2]
Remove ads
Lambang


Lencana Darjah adalah palang bersadur emas dengan pancaran-pancaran enamel putih, mengandungi satu simbol tengah berbentuk disk matahari berenamel merah yang dikelilingi pancaran-pancaran merah, dan berserta tiga bunga paulownia diantara setiap penjuru silang. Ia berpaut dari tiga dedaun paulownia berenamel pada selepang berwarna merah berserta jalur tepi warna putih, dan dipakai pada bahu kanan.
Bintang darjah serupa dengan lencana, tetapi tanpa pautan dedaun paulownia. Ia dipakai pada kiri dada.
Remove ads
Lihat juga
- Order of Civil Merit (Korea)
- Order of the Nine Gems (Thailand)
- Order of the Bath (UK; setanding Knight Grand Cross)
- Order of Merit of the Federal Republic of Germany (setanding Grand Cross Kelas 1)
- Order of Charles III (Sepanyol)
- Order of Merit of the Italian Republic (setanding Grand Cross berserta Kalung)
- Order of Christ (Portugal) dan Military Order of Saint James of the Sword (Portugal; Grand Cross)
Remove ads
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads